Sunday, May 2, 2010

Limbang dan Pak Lah

1) Nazri Aziz berkata di dalam Utusan, sila klik di sini, Malaysia akan memastikan Limbang kekal menjadi hak milik Malaysia. Beliau berkata lagi Malaysia tidak bodoh hendak membuat sesuatu yang merugikan dalam perjanjian tersebut.

2) Soalan aku, betul ke Malaysia tidak bodoh, atau kerajaan pimpinan Pak Lah yang bodoh atau Pak Lah sendiri yang terlalu bodoh? Sepanjang tempoh singkat Pak Lah sebagai PM Malaysia, terlalu banyak keputusan bodoh telah dibuat oleh beliau, di bawah aku senaraikan setiap keputusan bodoh beliau yang aku tahu:

  1. Penangguhan kontrak pemasangan "Electrified double track railway". Didapati kos pemasangannya telah meningkat berlipat kali ganda berbanding jika dilaksanakan dahulu.
  2. Pembatalan pembinaan jambatan bengkok yang menghubungkan komplek CIQ baru di Johor Baharu dengan Singapura. Pembinaan komplek dan jambatan tersebut akan dapat mengurang kadar kesesakan lalu lintas di Johor Baharu serta dapat meningkatkan jumlah pengunjung pelancong Singapura ke Johor Baharu. Malah kerajaan terpaksa membayar sejumlah RM100 juta pampasan kepada kontraktor Gerbang Perdana.
  3. Pembaziran wang rakyat untuk projek monsoon cup di Kuala Terengganu.
  4. Isu pembogelan wanita Melayu oleh pegawai polis di lokap yang pada mula disangkakan warga China, sehingga menyebabkan kerajaan menerusi kementerian luar terpaksa memohon maaf yang sepatutnya tidak perlu sama sekali.
  5. Pembayaran ex-gratia kepada bekas - bekas hakim yang telah dipecat pada 1988 dahulu termasuk Tun Salleh Abas yang merupakan bekas ketua hakim mahkamah Malaya. Dipercayai sebanyak RM5 juta wang rakyat telah diberikan kepada Tun Salleh Abas.
  6. Perlantikan Zaid Ibrahim sebagai menteri undang - undang yang ternyata menambah kekusutan dan masalah kepada negara (Sebenarnya aku lega bila beliau keluar dari UMNO lalu menyertai PKR, beliau sebenarnya merupakan duri dalam daging kepada UMNO/BN dan kerajaan).
  7. Perlantikan penasihat tidak rasmi yang terdiri dari anak dan menantu beliau dan perlantikan pegawai - pegawai di tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri yang dipengaruhi oleh Khairi Jamaluddin.
  8. Perlaksanaan Islam Hadhari yang menambahkan kekeliruan tentang Islam di kalangan orang bukan Islam.
  9. Pembangunan bandar Iskandar di Johor yang menyebabkan pembangunan di Cyberjaya juga turut terganggu.
  10. Industri perkilangan telah di kurangkan, sebaliknya industri pertanian telah diberikan tumpuan yang lebih, ini akan membantutkan kadar pertumbuhan ekonomi negara.   
  11. Terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura.

3) Di atas adalah kesilapan dasar - dasar yang telah dilaksanakan oleh Pak Lah dahulu, ianya diakibatkan oleh kelalain Pak Lah dan kelemahan pentadbiran beliau.

4) Oleh itu, hujah Nazri Aziz bahawa kerajaan akan memastikan Limbang tidak terlepas ke tangan Brunei, masih lagi hujah yang belum benar - benar meyakinkan aku, sedangkan kita begitu yakin dapat mempertahankan Pulau Batu Putih, tetapi sebaliknya kita terlepas, ia juga disebabkan oleh kelemahan dan kelalaian pentadbiran Pak Lah yang gagal mempertahankan pulau tersebut. 

5) Di atas faktor inilah aku masih was - was terhadap peluang negara untuk mengekalkan Limbang, sedangkan kita telah pun terlepas hak Pulau Batu Putih serta Blok L dan M.

6) Negara berpeluang memperolehi pendapatan sebanyak RM320 billion bagi 2 blok tersebut, malangnya kita terlepas peluang tersebut disebabkan oleh kebodohan pentadbiran Pak Lah dalam rundingan tersebut. 

7) Aku masih tertanya - tanya mengapa tuhan takdirkan beliau menjadi PM Malaysia, dalam tempoh yang singkat sahaja beliau menjadi PM, telah banyak malapetaka dilakukan oleh beliau kepada negara.

8) Tetapi aku percaya Najib akan belajar dari kesilapan - kesilapan tersebut, masa dan PRU13 akan menjadi penentu.    

No comments:

Post a Comment