Monday, May 24, 2010

Sime Darby

1) Utusan Malaysia melaporkan Sime Darby akan distruktur semula, sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya.

2) Malah ada sesetengah pendapat mengatakan Sime Darby telah menjadi terlalu besar sehinggakan sukar untuk diuruskan. Pada pandangan aku, ini merupakan pandangan orang yang lemah, menunjukkan orang Malaysia memang tak pandai mengurus sebuah syarikat besar, sedangkan terdapat beribu syarikat di luar sana yang jauh lagi besar dari Sime Darby tetapi masih boleh diuruskan dengan baik. Contoh terdekat ialah Petronas, yang diuruskan oleh rakyat Malaysia, malah berkali - kali ganda lebih besar dari Sime Darby.

3) Tun Musa Hitam juga telah menyatakan bahawa beliau pernah menentang penggabungan antara Golden Hope Bhd, Guthrie Bhd dan Sime Darby Bhd melalui Synergy Drive bagi membentuk sebuah syarikat gergasi Malaysia. Ironiknya, mengapa beliau boleh menjadi pengerusi Sime Darby sedangkan pada mulanya menentang penubuhan syarikat gergasi ini? Menurut beliau lagi, sejak penggabungan tersebut, Sime Darby sudah menjadi 5 kali ganda lebih besar dari asalnya.

4)  Aku bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir melalui blog Che Det, di mana beliau telah menyatakan, bukan CEO sahaja yang harus bertanggungjawab, tanggungjawab tersebut juga harus ditanggung bersama oleh pihak pengurusan lain. Malah difahamkan projek empangan Bakun tersebut telah mengalami kelewatan selama 3 tahun, tidak kah ahli lembaga pengarah tidak tahu menahu langsung perkara ini? Tidak pelikkah?

5) Difahamkan, Sime Darby juga sedang menimbangkan untuk melupuskan sektor tenaga dan utiliti yang selama ini menjadi liabiliti kepada syarikat. Aku tidak bersetuju dengan cadangan ini, mungkin Sime Darby perlu mengambil contoh pengasingan antara TM International dengan TM dahulu. Mungkin ini adalah jalan terbaik, malah Axiata Group (TM International) dan TM telah menjadi syarikat yang lebih fokus ketika ini, dimana telah kembali memberi pulangan (value for money) kepada pemegang sahamnya, Khazanah Nasional Bhd.

No comments:

Post a Comment