Monday, January 31, 2011

PEMIMPIN

1) Bukan semua orang boleh menjadi pemimpin politik. Menjadi pemimpin politik, apatah lagi menjadi Perdana Menteri [PM] bukanlah suatu kerjaya yang boleh dijadikan sebagai cita – cita. Malah aku percaya Tun Dr. Mahathir dan juga PM terdahulu juga tidak menjadikan jawatan PM sebagai cita – cita. Oleh sebab itulah, perjuangan mereka adalah perjuangan yang jujur sebagai pemimpin masyarakat dan juga negara. Matlamat mereka juga jelas, iaitu ingin membantu bangsa, agama dan negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa, negara dan agama lain.

2) Dasar perjuangan UMNO ketika baru ditubuhkan pada tahun 1946 dahulu, hanyalah untuk menentang penubuhan Malayan Union. Selepas berjaya menggagalkan penubuhan Malayan Union, UMNO menumpukan usahanya pula kepada menuntut kemerdekaan negara, sehinggalah merdeka pada 31 Ogos 1957.

3) Selepas merdeka, UMNO menumpukan usahanya kepada mengekalkan kemerdekaan negara, meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat Malaysia terutama sekali bangsa Melayu dan memastikan kek ekonomi dibahagikan sama rata di kalangan rakyatnya. Setiap pemimpin UMNO, baik ketika sebelum merdeka atau selepas merdeka, memusatkan tumpuan mereka kepada perjuangan yang telah dijelaskan di atas. Jelas di sini, perjuangan mereka adalah perjuangan yang ikhlas dan jujur.

4) Jika diteliti perjalangan hidup Tun Dr. Mahathir, ketika sebelum merdeka dan selepas merdeka, sehinggalah beliau menjadi PM. Beliau merupakan anugerah Tuhan kepada negara dan tidak keterlaluan boleh disimpulkan, beliau memang telah ditakdirkan untuk menjadi PM Malaysia. Situasi dan masa beliau dilahirkan, ketika dibawah penjajahan British, Siam dan Jepun, telah banyak mengajar beliau erti penghayatan kemerdekaan serta pengalaman – pengalaman pahit ketika baru menceburi bidang politik di Kedah, seperti pernah dibuang dari UMNO kerana mengkritik kepimpinan UMNO, malah buku beliau Malay Dilemma juga pernah diharamkan, ini adalah merupakan siri – siri pengalaman pahit yang amat berguna kepada beliau bagi membentuk personaliti sebagai seorang PM yang dihormati yang mempunyai pemikiran di luar kotak. Seseorang yang ingin mempunyai pemikiran di luar kotak, baik sebagai pemimpin mahupun sebagai orang biasa, haruslah dihentak dengan pengalaman serta cabaran yang getir dan pahit dalam hidup dan kariernya. Seseorang tersebut akan dapat berfikir apakah kaedah yang sesuai bagi menghadapi rintangan dan cabaran tersebut kerana telah melalui cabaran dan merasainya sendiri. Seperti kata pepatah Inggeris, you will never knew it until you taste it.

5) Apa berlaku kepada Anwar Ibrahim dan Khairi Jamaluddin adalah berlainan, mereka telah meletakkan matlamat atau cita – cita ingin menjadi PM. Bila seseorang telah meletakkan matlamat tersebut, ia akan membentuk seorang yang pentingkan diri sendiri, meletakkan matlamat jawatan PM sebagai matlamat utama, bukannya menjadi pemimpin bagi mewakili masyarakat. Akhirnya ia akan menghasilkan seseorang yang mengamalkan pendekatan Machiavelli bagi memenuhi impian peribadi. Inilah yang berlaku kepada Anwar Ibrahim, beliau jelas telah terkeluar daripada asas perjuangan rakyat, tetapi lebih kepada perjuangan peribadi. Manakala bagi Khairi Jamaluddin pula, beliau mungkin kurang berbahaya berbanding Anwar Ibrahim, tetapi jalan yang ditempuhi beliau sudah mirip kearah yang sedang ditempuhi oleh Anwar Ibrahim. Mungkin moral beliau lebih baik sedikit daripada Anwar Ibrahim.

6) Khairi Jamaluddin mungkin adalah seorang yang idealistic, penuh dengan idea – idea yang menarik dan kadang – kadang benas, tetapi adakah idea tersebut praktikal tidaklah diketahui. Seperti yang telah dijelaskan oleh saudara Najieb Mokhtar, KJ pandai tetapi beliau kurang bijak. Malah jika kita renungi pengalaman beliau dalam politik, boleh dianggap masih lagi setahun jagung, masih lagi budak mentah, jelas Tun Dr. M. KJ jelas telah memeksploitasikan pengaruh bapa mentua beliau ketika menjadi PM dahulu, untuk naik memegang kuasa dalam politik. Tiada pengalaman pernah dibuang UMNO [seperti yang telah dilalui oleh Tun Dr. M], tewas dalam pemilihan parti dan lain – lain lagi, malah jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pun telah dimenangi tanpa perlu bertanding. Manakala kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO jelas dipengaruhi oleh unsur politik wang dalam pemilihan UMNO.

7) Anwar Ibrahim pula telah melalui saat getir dalam perjuangan politik beliau sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Tetapi bila direnung kembali, karier beliau dalam politik juga naik secara mendadak [meteoric rise] sejak menyertai UMNO. Benarlah kata orang, cepat panas maka cepat padam, cepat naik maka cepatlah jatuh, itulah yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. UMNO/BN hanyalah batu loncatan beliau untuk menjadi PM. Perjuangan beliau adalah perjuangan peribadi, bukannya perjuangan parti politik, samalah dengan perjuangan Khairi Jamaluddin. Matlamat mereka berdua adalah sama, tetapi caranya sahaja yang berbeza.

Tuesday, January 25, 2011

Zairil Khir Johari on Why I Joined DAP


1) This poor Zairil Khir Johari was totally in disillusion over the true UMNO fought. I assume, his late father would against his decision to join DAP, but would not against him if he chooses to join PAS or PKR.

2) To join DAP was ridiculous, one must have forgotten the true path of its party, or has dwelt on too much of anger toward UMNO/BN. All sort of corruptions, nepotism and cronyism in UMNO/BN are the main culprits.

3) Maybe his late father forgotten or probably failed to plant the soul of true fought of UMNO, it was something like someone who has a deep understanding on Islam but without soul or iman. This analogy could better described on why he joined DAP, not as what was claimed in Malaysian Insider.

4) The party that he currently joined was equally corrupted as UMNO/BN. I don't think, I have to elaborate further on what are the corruptions that DAP/PKR has done. Selangor for instance, has shown clear picture of how was the pot calling the kettle black they are. Not only that, the damaged done was enormous until it scratched our religion dignity. And yet, these are the people who support and even had subscribed this ultra kiasu and racist party principle along with dumb and dumber of Malays PKR and PAS.

5) What wrong with them, what are the things that actually circulating inside their mind? Furthermore, his political future in DAP would go nowhere, since I don't believe the status quo in DAP would allow someone without patronage and hierarchy. It is indeed the same things he would get if he joined UMNO/BN. My guess, he would possibly fare better with UMNO than with DAP, since he still has his farther influence. With DAP, he is the only kiasu among the ultra kiasu's, the same fate as Syed Hussin Al-Attas has during with Gerakan. Even though Gerakan membership is open to every Malaysian, regardless of his/her race, Gerakan still regarded as Chinese based party as DAP has.

6) I would like to suggest him to join Gerakan if he still looking other party than UMNO. It is because of Gerakan have more mature, practicable and more sensible in their approach in politic. They are not Chinese centric party and more responsible party than DAP. In fact, if I am not mistaken, Gerakan also have the Malay members.   

Saturday, January 22, 2011

Kita

Utusan Malaysia melapurkan;

DAP suatu hari akan sedar - Zaid

 
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA


shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyifatkan pakatan pembangkang hasil gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak akan ke mana sekiranya masih di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua parti itu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau juga yakin bahawa DAP pada suatu masa nanti akan sedar pakatan pembangkang tidak mempunyai hala tuju sekiranya masih diterajui oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.


"DAP pun pada suatu masa nanti akan sedar pakatan pembangkang pimpinan Anwar tidak akan ke mana-mana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang berkata, Zaid akan menempuh satu perjalanan yang sukar melalui partinya, KITA dalam mendapatkan sokongan rakyat setelah keluar dari pakatan pembangkang.


Karpal berkata, Zaid perlu menerima realiti politik di mana bukan mudah untuknya bergerak secara bersendirian bagi membina dan mendapatkan sokongan rakyat ke atas parti barunya itu.


KITA diperkenalkan secara rasmi pada 19 Januari lalu. KITA pada asalnya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) namun Muktamar Agung Tahunan AKIM pada 15 Disember lalu menyaksikan pertukaran nama itu serta melantik Zaid sebagai ketuanya.


Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau mengakui buat permulaan ini, KITA akan melalui perjalanan yang sukar terutama dalam mendapatkan sokongan rakyat.

"Tetapi saya yakin rakyat mahu memilih parti yang dapat mengemukakan cadangan yang membina serta menyediakan calon terbaik untuk berkhidmat kepada mereka. Bukannya sebuah parti yang hanya mahu berperang dan tiada hala tuju," tegasnya.


My view;

DAP akan terus menyokong Anwar Ibrahim [AI] & PKR selagi mereka masih boleh dipergunakan. Sokongan akan berubah jika AI & PKR mengambil pendirian sebaliknya. Sokongan yang diberikan oleh DAP bukan yang berbentuk sealiran dalam pendirian politik tetapi lebih kepada sokongan untuk memancing undi. Jelas ia adalah berbentuk tidak kekal dan berpaksikan ketidak ikhlasan. PAS juga telah membuat kesilapan besar dengan menyertai Pakatan, malah PAS telah hilang sayap dan suaranya dalam Pakatan. Hanya kerana kebenciannya terhadap UMNO/BN, PAS sanggup mengambil pendekatan yang jelas melanggari pendirian politiknya. Jelaslah di sini, PAS adalah parti politik hipokrit yang berpaksikan kebencian dalam idealogi politiknya.

Tuesday, January 18, 2011

MRT

1) I have read The Star columnist by Risen Jayaseelan, touched on MRT project that will ran through TTDI, please clicks here. The columnist seems doesn't agree with the construction of MRT project as he tough the bulk of money should be spend to increase the efficiency of existing public transportation hub and services. According to him, the construction of MRT would create the traffic congestion in already congested TTDI. I believe it was in support to air the public grievances of TTDI which expected there will be non-stop traffic jams in already congested roads in TTDI.

2) I have been wondering, does he done the details analysis on the pros and cons over the proposed MRT construction? I believe the government have done that. 

3) One of the common problems of our people is failed to have strategies thinking and practical thinking in lives. There were too many mental baggage's which sometimes turn into mental block which resulting obstacles to our day to day life. As a result, its turn to defeat the purpose, which not good to nation future to be fully developed by 2020.

4) Maybe Ministry of Education should re look its education syllabus to includes the strategies thinking in their teaching. That is why, most of our people failed to look things beyond their scope or see things inside the box, not outside the box.

5) We also tend to be more selfish, always see things for our own benefit. If we have enough money to buy expensive imported premium car, why don't we buy 1 less expensive national car just to show our patriotism towards nation. What else the government want except than small sacrifice from public to show support just for the sake of our nation. One shouldn't asked for more, since the government willing to built the infrastructure just for the people, not for certain individuals.

6) Come on la, please see things outside the box la, try to look far ahead, not just look for ourselves. We living in multi society and multi religious nation, no one would able to get everything for themselves, in some circumstances, one would need to sacrifice for the benefit of the whole.

Thursday, January 13, 2011

Suspension of Khir Toyo's Title

1) The suspension of Khir Toyo's title of Datuk Seri, please read here, should be a lesson and learn to all the politicians including the opposition.

2) This is the price that has to be paid by someone who swayed from his original path or its responsibility as MB. The decision made by Selangor Sultan was in-line with the policy for title-holders to surrender their titles if charged in court, it was made during Khir Toyo tenure as MB of Selangor as claimed by SUK, Dato Khusrin as reported by Malaysiankini.com.

3) However, Khir Toyo over his blog, claims that he had send a letter of surrender his title to His Highness of Selangor since on 7th and 10th December 2010. After that, he was informed that His Highness and Royal Assembly has suspended his title. Initially he presumed the suspension made was relative to his letter to the Palace. But since this matter broke-up, he was neither sure the decision made based on his letter nor based on the policy made.

Monday, January 10, 2011

Perlis UMNO Chief

1) Datuk Seri Shahidan Kassim clarified that he has yet to accept the appoinment as deputy chief of UMNO Perlis, he said PM will solve Perlis crisis.

2) One who love the party should putting party interest above all including self interest. The question is, does Datuk Seri Shahidan Kassim and Datuk Seri Dr. Mohd Isa Sabu has done that? It can be resolve, provided both parties giving their full commitment and throw away their egos.

3) At the end of the day, the party will lost in election not them. They may remain as MP but the question of could BN/UMNO remain as ruling party in Perlis is another matter.

4) Maybe PM should talk and discuss with Perlis King to seek his opinion since Datuk Seri Dr. Isa Sabu was His Highness choice.

Thursday, January 6, 2011

Datuk Mohd Khusrin Munawi

1) The recent polemics on the appointment of Datuk Khusrin Munawi as chief state secretary of Selangor really annoying.

2) The recent update by the The Star suggested that there were 3 candidates presented by federal government to Selangor Sultan for his consideration and consent. It was in line with federal constitution provision as explicitly explained in UMNO Online, clearly it was under federal government jurisdiction, disobeyed it would render federal government for offence against federal constitution, which is very serious matter.

3) Bear in mind, the appointment of other states chief secretary including Penang also under jurisdiction of federal government. Kelantan since 1990 under PAS rule never had the same problem as Selangor state has. It makes me wonder, why the current Selangor state government was so eager to change the state constitution? What they are trying to achieve? Are they have somethings to hide? All these questions had crossed my mind when looking at them panicking since they noted on the appointment of Datuk Mohd Khusrin Munawi as state chief secretary. After all, the salary remittance of chief states secretary are under federal government responsibility, then why are they afraid of? Since they don't even have to pay the state chief secretary salary, they should be thankful to federal government for willingly to pay salary of their chief state secretary.

4) I would like to highlight also on the their chances of amending the state constitution, how they are going to achieve it without two third majority in legislative assembly sitting (without Selangor Sultan consent)? Let wait and see how.

Tuesday, January 4, 2011

Nik Aziz

1) Tiada pemimpin yang akan kekal selama - lamanya sebagai pemimpin dalam dunia politik demokrasi ketika ini. Sejauh mana baik pemimpin itu, bila sampai masanya beliau akan tetap jatuh jua akhirnya. Malah Tun Dr. Mahathir pun tidak terlepas dari qada dan qadar ini.

2) Aku berpendapat Nik Aziz sudah jauh tersimpang sebagai seorang pemimpin yang berakhlak mulia. Beliau sudah menjadi terlalu riak, sudah buta untuk membeza antara yang haq dan batil dek oleh kebencian yang amat sangat terhadap UMNO dan juga disebabkan oleh kefanatikan pengikut PAS terhadap beliau.

3) Ketiga - tiga elemen di atas boleh menjadi penyebab kepada kejatuhan PAS. Malah keputusan - keputusan beliau dalam membuat kenyataan melulu serta ditambah lagi dengan tafsiran - tafsiran hukum agama berdasarkan selera politik beliau juga boleh memberi kelebihan kepada BN/UMNO pada PRU13 nanti. Atas sandaran inilah, aku memohon kepada semua blogger pro kerajaan supaya menyokong Nik Aziz kekal sebagai menteri besar Kelantan kerana UMNO/BN memerlukan beliau untuk menawan Kelantan pada PRU13 nanti.

4) Sedikit sebanyak rakyat Kelantan pasti muak dengan isu - isu nepotisme dan kronisme dalam pentadbiran beliau, termasuklah isu perlantikan menantu beliau sebagai CEO anak syarikat kerajaan Kelantan, isu pergi menunaikan haji atas sumbangan kontraktor yang sering mendapat kontrak dari kerajaan negeri serta isu pemberian konsesi balak kepada syarikat asing yang berpengkalan di Singapura.

5) Akhirnya rakyat Kelantan yang akan menentukan samaada beliau layak untuk terus memimpin negeri Kelantan atau PAS layak untuk terus menjadi parti pemerintah negeri Kelantan. Harus dingat, tiada siapa yang maksum hatta ulama sekali pun. Bila kita diberi kemewahan, kuasa dan ilmu, kita akan diuji dengan perasaan riak dan takbur, akhirnya kita akan terpesong. Minda kita akan dihijab oleh perasaan riak dan takbur tersebut, lalu menilai sesuatu perkara tersebut secara melulu tanpa dapat melihat sesuatu perkara tersebut secara menyeluruh, dinamik dan lebih praktikal. Lebih malang lagi, perkara yang jelas termaktub hukumnya akan diselewengkan bagi memenuhi tuntutan selera politik kita.

6) Berdasarkan analogi yang dijelaskan di atas, aku dapati Nik Aziz telah dan sedang menuju kearah itu. Hanya mereka yang pemikirannya tidak dihijabkan dan berlapang dada akan dapat melihat dan dapat berfikir tentang senario tersebut. Bagi mereka yang pemikirannya memang telah dihijabkan pula, pasti sukar untuk membuat penilaian tersebut.

7) Inilah polemik yang melanda orang Melayu, mereka sering melihat sesuatu perkara tersebut dari kulitnya bukannya dari isinya. Mungkin disebabkan orang Melayu adalah bangsa yang malas berfikir, kesannya orang Melayu sering membuat keputusan dan perhitungan yang salah yang akhirnya akan memberi kesan kepada orang Melayu kelak. Ditambah lagi dengan dunia tanpa sempadan (globalisasi) dan kemudahan teknologi maklumat yang mampu membawa maklumat terus menyelusuk kedalam pemikiran kita tanpa tapisan dan sekatan secara mobile, bakal menuntut seseorang supaya mempunyai ilmu yang tinggi untuk mengkajinya, berlapang dada dan sentiasa melihat dari semua sudut termasuklah dari arah yang bertentangan. 

8) Penyakit amnesia, inertia, arrogance dan delusion yang sering melanda orang yang dah lama memegang tampuk pemerintahan seperti yang telah diingatkan oleh PM kepada UMNO/BN nampaknya juga telah melanda Nik Aziz.

Sunday, January 2, 2011

Congratulation to Malaysian Football Team, Happy New Year & Merry Chrismas

Congratulation to Malaysian Football Team

1) Its been 21 years our senior national football team have not won any of major tournament. Thus, the recent achievement of AFF Cup or Suzuki Cup really means a lot to Malaysian. It has prompted our PM to declare public holiday to commemorate this achievement.

2) All fans tthroughout the country are sitting in front of televisions or mamak stalls to watch our national team playing, even our PM has gone to Jalan Bukit Bintang to join the crowd of Malaysia supporters during 2nd leg of semi final game against Vietnam. It shows that our PM are the same tone as other Malaysians, its truly signify the meaning of inclusiveness of our top leadership.

3) This achievement also means a lot to our national unity, the fans have given their utmost undivided loyalty and support throughout tournament. Throughout my life I never seen our national football team match in the stadium, but the experienced I had during 1st leg of AFF Cup final trilled my a lot anyway. My blood running up and down throughout the match, but what really me proud of is when the whole stadium are singing together our national anthem before the match and rejoiced together whenever our national team scored the goals. I was told that our national team jerseys has been sold out too.

4) I hope this achievement does not stop there, this team has a lot potentials and the players are still young. It shows that FAM has made right decision to keep the same team that won the SEA Games in 2009.

Happy New Year & Merry Christmas

5) I would like to wish all readers a happy new year and to those Christian followers, a merry Christmas (I hope it was not too late although its been 7 days ago). Hope a new year of 2011 will bring happiness and joys to all us. Let us stay united not only during good times but also during trying times.

6) I do hope the people of Malaysia would be able to "THINK" what it is mean of unity when it's need most currently. Let us say goodbye to all nonsense perpetuated by the irresponsible politicians who just looking for a popularity at the expenses of our unity.