Saturday, April 27, 2013

Storm Thorgerson in Memory



1) Not many people knows him I am guess. But if I mentioned Pink Floyd, Led Zeppelin, Muse, David Gilmour, Genesis, Peter Gabriel etc, I am sure many of us knows these notable names. There are all used to acquired his genius creativity in cover art album design. 

2) To me personally, his most brilliant hand work would be Pink Floyd cover art album The Dark Side Of The Moon.


This 1973 recording album elevated Pink Floyd into international stardom. Have been one of my personal best album apart from Division Bell, The Wall, Wish You Were Here etc. It has its own class, and Storm Thorgerson has pulled it together with his genius design art. A simple but bold design that translates the album concept / theme wrote by Pink Floyd. 

3) The Dark Side Of The Moon themes include human conflict, mental sickness, greed and passage of time was partly inspired by their former band member Syd Barrett. This album immediately topping The Billboard Top Charts for one week, and subsequently remained for 741 weeks from 1973 to 1988, and includes in the Guiness World of Records. It is most commercially successful album and one of the best selling albums wold wide. 

4) Always regarded as unofficial member of Pink Floyd, remained as a good friend since their school days, came from the same village with Syd Barrett in Cambridge, England. Syd was a year behind him in school, and former bassist Roger Waters, who was a year ahead. Thorgerson and Waters played rugby together. They went separate ways in college, but end up together in London during mid sixties as rock and roll culture took over the city. In fact Roger's mom and his mum were best friends. David Gilmour also used to hang around with them, even though he was younger.

5) They went to architectural school in London together, where they met the other 2 band members the late Richard Wright and Nick Mason.

6) I am sure the current technology will help the art designer create more creative piece than the older generation. Nonetheless, they still could produce this imaginative and creative design as Storm did. The same goes to music industry, as what Pink Floyd does. The limitation of the studio equipment technologies does preventing creative art from blossom, but it does raised the bar of creativity among artists as Pink Floyd and Storm Thorgerson does.            

7) I send my deepest condolence to his family, and dedicate this song to the late Storm Thorgerson. May him rest in peace.

  


Friday, January 25, 2013

Lawatan PM ke Gaza Palestin

1) Secara jujur aku berasa amat tersentuh dengan usaha dan kesungguhan Datuk Seri Najib melakukan lawatan ke Gaza Palestin baru - baru ini. Ternyata beliau merupakan seorang Islam yang jelas amat simpati dan tersentuh dengan apa yang menimpa saudara beliau di Palestin.

2) Jelaslah bahawa beliau merupakan seorang Islam yang berpegang pada ajaran Islam, yang telah menyatakan setiap muslim itu bersaudara. Inilah ajaran Islam yang dipegang oleh Perdana Menteri yang sering dilupakan kebanyakan orang Islam ketika ini termasuk parti PAS yang kononnya bejuang untuk Islam. Malah beliau merupakan PM Malaysia pertama melakukan lawatan ke Palestin [Atas kapasiti PM].

3) Aku tak pasti Nik Aziz, Hadi Awang atau Anwar Ibrahim pernah melakukan perkara yang sama dan sangsi yang mereka akan sanggup melakukan perkara tersebut, pada mereka ini, politik itu lebih penting daripada hubungan sesama Islam, perpecahan sesama Islam itu lebih penting untuk mencapai matlamat politik mereka. Mereka ini lebih kurang sama dengan puak - puak Khawarij.

4) Inilah kali pertama aku mendengar Datuk Seri Najib rupa - rupanya pernah mengambil anak angkat Palestin, malah telah sudi membayar segala tanggungan persekolahan mereka. Aku tak pasti yang Nik Aziz juga telah melakukan perkara yang sama, yang sering aku dengar beliau banyak melakukan sembahyang hajat termasuklah sembahyang hajat menjatuhkan saudara seagama beliau. Aku tak pasti adakah ini merupakan ajaran agama Islam?

5) Apa yang Nik Aziz, Hadi Awang dan PAS telah lakukan untuk membantu saudara seagama di Palestin selain dari sembahyang hajat, derma dan doa? Parti sekular macam UMNO telah lakukan sesuatu dalam membantu saudara mereka. Sekurang - kurangnya Tun Dr Mahathir telah banyak lakukan sumbangan terhadap rakyat Palestin melalui Perdana Global Peace Foundation [PGPF], malah Datuk Seri Najib sendiri telah melakukan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM 3 juta kepada PGPF. Ia telah dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa, tanpa perlu digembar - gembur oleh media, semuanya didorong oleh niat ikhlas.

6) Kalau kita ikhlas, kita tidak perlukan apa - apa sebagai balasan, semuanya atas dasar ikhlas. Seperti keimanan kita kepada Allah SWT, tanpa perlukan sebarang balasan atau pahala atas setiap derma dan ibadah yang dilakukan. Kita bukannya berurus niaga dengan Allah SWT.

7) Aku keliru, adakah benar Nik Aziz dan Hadi Awang seorang Islam? Pada aku kalau kita benar - benar seorang mujahidin, kita tidak akan melakukan perkara yang telah dilakukan oleh Nik Aziz dan Hadi Awang. Konsep bersaudara dalam Islam pun Nik Aziz dan Hadi Awang pun tak faham,  bolehkah mereka ini dinobatkan sebagai pejuang Islam hatta orang Islam sekali pun. Tak payahlah sembahyang sehari 5 waktu siap dengan sembahyang sunat sekali pun, kalau konsep keimanan dan bersaudara sesama Islam kita lupakan. Serban dan jubah bukan tiket keredaan Allah di akhirat kelak. 

Sunday, December 23, 2012

Antara Peminta Sedekah dengan Penghutang

1) Telah menjadi prinsip aku untuk bersikap liat dalam memberi sedekah kepada peminta sedekah jalanan. Bukan aku hendak berlagak, tetapi perbuatan memberi sedekah kepada golongan ini langsung tidak akan membantu mereka. Malah akan menambah parah kepada masyarakat.

2) Iklim dan suasana tenang dan mewah jelas membentuk satu budaya negatif kepada rakyat negara ini. Terdapat golongan yang sanggup bekerja hanya dengan meminta sedekah kerana mereka sedar rata - rata rakyat negara ini mudah berasa simpati terhadap golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik. Budaya bersedekah bukanlah tidak baik, malah ia amat dituntut oleh Islam. Tetapi budaya ini juga  boleh menjadi barah kepada masyarakat jika diamalkan tanpa diselit oleh pemikiran yang strategik dan objektif.

3) Sudah terdapat ramai orang mengambil kesempatan terhadap sikap mudah rasa simpati masyarakat Malaysia ini. Antara tempat popular yang sering menjadi perhatian golongan peminta sedekah ini  termasuklah di depan bank, di depan masjid dan di kedai atau gerai - gerai makan. Di depan bank memang diketahui merupakan tempat orang - orang berduit mengambil atau menyimpan wang mereka, maka peluang untuk mendapat habuan amatlah tinggi sekali. Di depan masjid pula elemen agama boleh diguna pakai, modal yang sering diguna pakai biasanya nak buat asrama anak - anak yatim, memerlukan modal untuk bina sekolah agama dan macam - macam lagi. Di kedai atau gerai - gerai makan kaedah yang sering digunakan pakai pula ialah dengan menyerlahkan kedaifan diri atau kecacatan diri untuk meraih simpati. Inilah kaedah - kaedah yang sering diguna pakai oleh golongan ini. Modus operandi mereka tetap sama, iaitu dengan meraih simpati daripada prospek masing - masing.

4) Aku tidak pasti badan - badan penguat kuasa ada mengambil serius perkara ini, setakat yang aku nampak dengan mata ku, tiada tindakan atau operasi dari pihak berkuasa bagi membendung budaya ini.

5) Kaedah meraih simpati ini juga dilakukan oleh orang yang terdesak untuk mendapatkan wang, kadang - kadang mereka telah lupa  dosa yang pernah dilakukan terhadap pemiutang sebelum ini, tanpa segan silu meminta pertolongan daripada orang yang pernah mereka hina sebelum ini. Inilah golongan yang MUDAH LUPA.

6) Pada satu ketika pernah meminta pemiutang agar merahsiakan perbuatan mereka, kononnya tidak mahu memburukkan keadaan, tetapi sebenarnya mereka hendak menutup malu bagi menjaga maruah diri. Jelas ini merupakan perbuatan yang "double standard". Dosa bersekongkol dalam merosakkan kehidupan seseorang telah dilupakan begitu sahaja, tanpa segan silu mereka mengemis simpati dari orang yang pernah mereka hina sebelum ini. Lebih buruk lagi mereka langsung tidak meminta maaf atas perbuatan mereka sebelum ini.

7) Inilah manusia yang tidak pernah cermin diri sendiri, membangga diri lalu buta tentang kekhilafan diri sendiri. Bolehkah kita percaya dengan golongan ini? Sudah pasti tidak sama sekali.  

Saturday, December 8, 2012

Severiano Ballesteros - BBC Lifetime Achievement Award


1) The late Severiano Ballesteros or Seve is Spanish golf player that contributed a lot to the sport. His immense contributions to the golf world noticeable through his participation in European Ryder Cup team and help to raise the status of European Tour competition.

2) Seve was widely known for his great short games, his desire, passion and charisma
 for the sport. And most of all his humble attitude has affected great admiration among his counterparts, friends and foes. Therefore I think this lifetime achievement awards clearly suits to its recipient.

3) This award was presented by his close friend a Spanish counterpart and Ryder Cup partner Jose - Maria Olazabal at his home.

4) Seve died on 7 May 2011 after being diagnosed with malignant brain tumor after lost his consciousness at Madrid - Barajas Airport and was admitted to hospital on 6 October 2008. Since then he underwent series of operations to remove his brain tumor but unfortunately the only good die young fate came and nobody could escape of god summons.

5) I am sure the world of golf and especially the whole European continent will miss him dearly. To Severiano Ballesteros - may his soul rest in peace.

Tuesday, November 6, 2012

Kebenaran Dan Keadilan Itu Merupakan Tuntutan Islam

1) Aku tidak berminat untuk ulas panjang tentang keceluparan mulut Nurul Izzah Anwar Ibrahim dalam menyentuh isu "kewajaran hak kebebasan hak beragama juga diberikan kepada orang Melayu". Yang pastinya beliau jelas mencari populariti politik dengan menjual agama. Malah isu ini telah dikupaskan oleh YB Zulkifli Noordin melalui blog beliau. Sila baca di sini dan di sini.

2) Perkara yang hendak aku sentuh di sini berkenaan sikap Dr Asri yang dikenali Dr MAZA yang jelas bersikap berat sebelah dalam isu ini. Beliau yang kononnya cuba berpendirian tidak berat sebelah atau duduk di tengah - tengah dalam soal politik, sering kali gagal dalam melaksanakan apa yang diwar - warkan oleh beliau.

3) Mungkin beliau terlupa tentang ajaran Islam yang menekankan soal keadilan dalam mencari kebenaran. Untuk mengelak dari bersikap berat sebelah seseorang tersebut harus mendengar cerita daripada kedua - dua belah pihak. Malah seseorang tersebut haruslah membuang sikap prejudis dan perlu melakukan "demarcation" dalam analisa masing - masing. Dalam soal ini beliau jelas bersikap yang bertentangan, yang telah dijelaskan melalui facebook beliau.

 
Terlupakah beliau bahawa mencari keadilan dan kebenaran itu wajib, yang merupakan suatu perkara yang dituntut oleh Islam. Jika kebenaran dapat dicapai ia bakal mengelak dari berlakunya fitnah, kerana fitnah itu bakal meninggalkan kesan yang berpanjangan yang mungkin kekal berkurun lamanya yang bakal menyebabkan perpecahan umat. Malah sejarah Islam telah membuktikannya, sejarah penubuhan mazhab Syiah sepatutnya menyedarkan Dr MAZA tentang implikasi fitnah ini terhadap masa depan umat Islam.

4) Apakah niat beliau sebenarnya? Dalam beliau sibuk menuduh ahli - ahli politik yang sibuk mencari populariti menjelang pilihanraya yang tidak lama lagi, terlupakah yang beliau juga mungkin sibuk dalam mencari populariti yang sama. Mungkin beliau terlalu ego hinggakan terlupa untuk cermin diri sendiri.    

Saturday, November 3, 2012

Kamarul Dalam Kenangan

1) Pepatah Melayu berkata, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perumpamaan ini boleh digunakan keatas nasib yang menimpa Zalida Zakaria yang baru sahaja kehilangan suami yang dikasihi, Kamarul Ariffin Hj Nordin.

2) Kamarul juga merupakan seorang insan yang amat ku kenali dan hormati. Malah beliau merupakan bekas ketua ku ketika mula - mula berkhidmat dalam bidang jualan dan pemasaran ketika masih bersama Syarikat Pembinaan Jayabumi [Sarawak] Bhd [PJB] di Alor Star sekitar 2000 hingga 2005.

3) Permegian beliau juga amat mengejutkan dan menyedihkan kerana keluarga beliau amat ku kenali, malah anak - anak dan isteri beliau amat rapat dengan ku. Tidak dapat tidak ia juga mengundang perasaan cemburu beliau terhadap ku.

4) Bila terkenangkan saat akhir hayat beliau menghembus nafas terakhir, aku tidak dapat menahan perasaan sedih dan pilu ku kepada nasib yang menimpa beliau dan keluarga. Akan ku lakukan apa yang terdaya untuk membantu beliau, tetapi akan daya ajal dan mati itu hak mutlak Tuhan. Sesungguhnya kita harus redha dengan setiap nasib yang menimpa kita. Kepada yang masih hidup, terutama sekali keluarga beliau, hidup mesti diteruskan.

5) Sejujurnya perhubungan aku dengan Kamarul tidaklah begitu baik. Beliau mungkin cemburu dengan hubungan ku dengan keluarga beliau terutama sekali isteri beliau. Atas dasar apa cemburu tersebut tidaklah aku mengerti, tetapi pada firasat ku, perasaan cemburu itu mungkin didasari oleh perasaan ego beliau yang tidak boleh menerima penerimaan isteri beliau terhadap aku. Sedangkan penerimaan itu hanya atas dasar sebagai kawan baik yang bukannya atas dasar perhubungan kekasih. Malah ego beliau juga terlalu tebal dengan anak dan isteri, lalu sering kali menyulitkan keluarga. Pada aku, kita haruslah sedia menerima kelemahan diri masing - masing kerana kita hanya insan biasa, menerima kelemahan diri itu adalah salah satu tanda keimanan kita kepada Yang Esa. Namun begitu beliau beruntung kerana beristerikan Zalida Zakaria yang merupakan seorang yang sabar yang berhati cekal yang berjiwa halus walaupun kadang - kadang tu agak "confront". Tidak pastilah aku akan nasib beliau jika beliau beristerikan orang lain, orang tersebut haruslah mempunyai jiwa cekal dan sabar yang tidak ego dan sombong seperti Zalida.

6) Sesungguhnya aku tidak kisah apa sahaja pandangan beliau terhadap ku, yang penting aku tetap menghormati beliau sebagai bekas ketua ku yang telah memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada aku sebagai seorang pegawai pemasaran dan jualan. Malah kalau tidak kerana beliau, aku mungkin tidak akan jadi "best salesman" pada tahun 2005. Jadi aku harus berterima kasih dan bersyukur kepada beliau.

7) Kamarul yang dikenali amat berbakat dalam bidang pemasaran dan jualan. Beliau tidak mempunyai kelulusan akademik dalam bidang ini, beliau hanya berpandukan pengalaman dan personaliti beliau yang pandai membuat orang mudah tertarik dengan beliau. Salah satu ilmu yang aku belajar dari beliau ialah, kemampuan untuk membuat "client" menjadi kawan, yang bakal mengekalkan perhubungan antara kita dengan "client", yang dapat mengelak dari menjadi "one off", yang lebih bersifat keikhlasan.

8) Malangnya kelebihan ini sering dicemburui oleh kawan dan lawan. Sering kali beliau menghadapi masalah dengan kawan sekerja dan juga pihak atasan syarikat yang menganggap beliau sebagai ancaman, sedangkan jauh dari sudut hati, beliau tidak berniat langsung untuk menjatuhkan sesiapa. Beliau hanya dipandu oleh perasaan jujur dan ikhlas terhadap syarikat. Salah satu ilmu yang aku pelajari dari beliau ialah KESETIAAN, walau buruk sekali pun syarikat itu, beliau tidak pernah memburukkan syarikat itu, malah tidak pernah seumur hidup ku mendengar beliau memburukkan syarikat kepada orang luar. Ketika syarikat bertungkus lumus menghadapi saat getir apabila pegawai - pagawai kanan syarikat yang bertindak meletak jawatan beramai - ramai, sebaliknya beliau berani bertindak menongkah arus dengan bertindak enggan menuruti langkah pagawai - pegawai kanan syarikat yang ada dikalangannya merupakan anak didik beliau.

9) Dari Johor ke Terengganu sampailah ke Kedah, semua cawangan - cawangan ini berjaya dibaik pulih oleh beliau. Malangnya usaha dan sumbangan ini tidak pernah dihargai oleh pengurusan syarikat. Seperti yang aku telah jelaskan tadi, beliau telah dianggap sebagai ancaman kepada beberapa pegawai atasan syarikat yang cemburukan beliau. Jelaslah mereka ini adalah orang yang takutkan bayang - bayang diri sendiri, yang akhirnya merugikan syarikat. Sehingga kini syarikat PJB kekal dalam keadaan tenat, sama seperti ketika aku tinggalkan syarikat dahulu, mungkin lebih buruk lagi ketika ini. Ini semua angkara pegawai - pegawai syarikat yang tidak ikhlas, yang lebih mementingkan diri sendiri yang masih lagi berjiwa kemelayuan karat.  

10) Kamarul juga tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan atas hubungan kekeluargaan beliau dengan Tan Sri Ahmad Johan, yang merupakan pengasas PJB, yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa masuk beliau ke dalam syarikat PJB. Tan Sri merupakan kenalan rapat abang sulung Kamarul, malah abang Kamarul, Tan Sri Shahrom bekas Panglima Angkatan Tentera Darat juga merupakan salah satu pengarah syarikat SMEO yang dimiliki oleh Tan Sri Ahmad Johan. Tan Sri Ahmad Johan juga memiliki Airod dan NADI yang merupakan pemilik saham terbesar syarikat Malindo Airways yang baru ditubuhkan baru - baru ini, diatas inisiatif kerajaan Malaysia dan Indonesia bagi bersaing dengan Air Asia. Kalaulah Kamarul bersifat opportunist, beliau mungkin sudah berjawatan tinggi dalam syarikat atau pun mungkin PJB dapat dipulihkan, tak perlulah Tan Sri jual syarikat tersebut.

11) Malangnya orang - orang kepercayaan Tan Sri ini telah menyalahgunakan syarikat untuk tujuan peribadi, ada diantara mereka telah menggunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi, contohnya dengan mengarah syarikat menanggung perbelanjaan kos mereka untuk bertitle Dato'. Ada diantara mereka ini merupakan bekas pegawai kanan kerajaan, yang masih bermentaliti awam. Syarikat telah dijadikan lubuk untuk penyenggelaraan diri kepada pengarah - pengarah ini, kebanyakan mereka langsung tidak menyumbang kepada syarikat. Akhirnya syarikat terpaksa menanggung kos yang amat tinggi.    

12) Bayu Tiara Engineering Sdn Bhd [BTE] merupakan syarikat terakhir beliau. BTE seperti PJB juga menghadapi masalah kewangan. Satu masalah yang sering terdapat kepada syarikat Melayu ialah kelemahan pengurusan, terutama sekali dalam pengurusan kewangan. BTE tidak terlepas dari masalah ini, bezanya BTE tiada masalah politik cantas mencantas seperti yang berlaku dalam PJB. Masalah BTE lebih bersifat kelemahan pengurusan syarikat yang gagal mengawal pengurusan kewangan agar lebih berhemah. Bagusnya BTE ini, pemilik syarikat dapat melihat potensi Kamarul sebagai seorang pengurus, lebih baik daripada pengurus sedia ada. Lalu beliau telah diberikan kepercayaan untuk menggantikan pengurus sedia ada. Malangnya Tuhan terlalu sayangkan beliau, arwah telah kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2012 ketika pulang ke Kuala Lumpur setelah berhari raya korban di Sungai Petani dan di Pulau Pinang bersama isteri dan anak - anak. Arwah menghembuskan nafas yang terakhir akibat komplikasi jantung ketika cuba menukar tayar kereta yang pancit.

13) Malang kepada BTE, sekali lagi mereka kehilangan orang yang berkaliber setelah kehilangan pengasas syarikat yang juga meninggal dunia akibat sebab yang sama. Aku amat yakin, jika nyawa arwah panjang, beliau pasti akan dapat memulihkan syarikat, malangnya beliau tidak berkesempatan.

14) Pemergiaan arwah bakal meninggalkan ruang yang amat besar kepada seluruh keluarga, isteri yang sebelum ini banyak bergantung harap kepada arwah pasti akan merasai kesan kehilangan beliau. Sudah pasti isteri arwah perlu mencari sumber kewangan lain untuk menampung keluarga, anak sulung beliau masih lagi belajar di MSU, manakala anak perempuan arwah bakal menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi, anak ketiga arwah pula masih belajar tingkatan 1 dan yang bongsu baru berumur 1 tahun lebih.

15) Aku redha jika ini ketentuanNya, aku sedia menyerah jiwa dan ragaku membantu keluarga ini. Sesungguhnya aku telah pun menganggap mereka sebagai keluarga kedua ku. Pada aku persepsi masyarakat itu tidak penting, yang pentingnya keikhlasan hati dalam membantu. Masyarakat bukanlah Tuhan untuk menilai dan menghukum kita (walaupun kebanyakan mereka sangat ingin menjadi Tuhan dalam menghukum orang). Mungkin mereka perlu belajar dari surah Al Kahfi dalam mencari kebenaran yang hakikat. Biarlah diri ini buruk di mata masyarakat tetapi tidak di mata Tuhan. Aku pohon kepada Mu ya Allah, Engkau tempatkanlah Kamarul Ariffin Hj Nordin di kalangan hamba - hamba Mu yang soleh.

16) Setiap kali aku ingin mengingati Kamarul, aku hanya ingin mengingati beliau sebagai seorang ketua yang jujur dan ikhlas yang amat setia kepada syarikat walau dalam apa keadaan sekali pun. Ia seperti mana keikhlasan kita kepada negara tanpa mengharapkan apa - apa imbuhan, benarlah kata John F Kennedy, bekas president Amerika Syarikat, "don't asked what country can do for you, but what you can do/contribute to the country". Inilah falsafah hidup yang aku pegang hasil didikan arwah.    

Friday, October 19, 2012

Buang Masa

1) Sesungguhnya aku malas nak berbicara soal politik ni dalam facebook. Bila diutarakan sesuatu tajuk, sebaliknya tajuk lain yang dibicarakan.

2) Tak nak aku merugikan masa berbicara dan berdebat dalam soal yang pasti tak akan memberi apa - apa hasil. Kalau beliau hendak sangat berdebat dan membuang masa beliau, pergilah cari orang lain yang ingin berdebat dan membuang masa seperti mana beliau inginkan. Maaflah aku tiada masa.

3) Sudah pasti aku tak akan dapat mengubah pendirian dan pandangan beliau dalam soal yang dibicarakan, malah beliau juga tak akan dapat mengubah pendirian dan pandangan aku. Bersengkang mata merugikan masa pada lewat malam berbicara, berbincang dan berdebat dalam perkara yang tak akan membawa sebarang hasil, pada firasat aku hanyalah sekadar membuang masa.

4) Kita haruslah berbicara, berbincang dan berdebat atas dasar ingin mencari ilmu, bukannya menegakkan benang yang basah. Dah la pemikiran itu terlalu idealistik dan berpolitikan, hanya sekadar hendakkan kemenangan dalam berdebat, pada aku buat apa kalau menang sorak kampung tergadai.