Sunday, December 23, 2012

Antara Peminta Sedekah dengan Penghutang

1) Telah menjadi prinsip aku untuk bersikap liat dalam memberi sedekah kepada peminta sedekah jalanan. Bukan aku hendak berlagak, tetapi perbuatan memberi sedekah kepada golongan ini langsung tidak akan membantu mereka. Malah akan menambah parah kepada masyarakat.

2) Iklim dan suasana tenang dan mewah jelas membentuk satu budaya negatif kepada rakyat negara ini. Terdapat golongan yang sanggup bekerja hanya dengan meminta sedekah kerana mereka sedar rata - rata rakyat negara ini mudah berasa simpati terhadap golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik. Budaya bersedekah bukanlah tidak baik, malah ia amat dituntut oleh Islam. Tetapi budaya ini juga  boleh menjadi barah kepada masyarakat jika diamalkan tanpa diselit oleh pemikiran yang strategik dan objektif.

3) Sudah terdapat ramai orang mengambil kesempatan terhadap sikap mudah rasa simpati masyarakat Malaysia ini. Antara tempat popular yang sering menjadi perhatian golongan peminta sedekah ini  termasuklah di depan bank, di depan masjid dan di kedai atau gerai - gerai makan. Di depan bank memang diketahui merupakan tempat orang - orang berduit mengambil atau menyimpan wang mereka, maka peluang untuk mendapat habuan amatlah tinggi sekali. Di depan masjid pula elemen agama boleh diguna pakai, modal yang sering diguna pakai biasanya nak buat asrama anak - anak yatim, memerlukan modal untuk bina sekolah agama dan macam - macam lagi. Di kedai atau gerai - gerai makan kaedah yang sering digunakan pakai pula ialah dengan menyerlahkan kedaifan diri atau kecacatan diri untuk meraih simpati. Inilah kaedah - kaedah yang sering diguna pakai oleh golongan ini. Modus operandi mereka tetap sama, iaitu dengan meraih simpati daripada prospek masing - masing.

4) Aku tidak pasti badan - badan penguat kuasa ada mengambil serius perkara ini, setakat yang aku nampak dengan mata ku, tiada tindakan atau operasi dari pihak berkuasa bagi membendung budaya ini.

5) Kaedah meraih simpati ini juga dilakukan oleh orang yang terdesak untuk mendapatkan wang, kadang - kadang mereka telah lupa  dosa yang pernah dilakukan terhadap pemiutang sebelum ini, tanpa segan silu meminta pertolongan daripada orang yang pernah mereka hina sebelum ini. Inilah golongan yang MUDAH LUPA.

6) Pada satu ketika pernah meminta pemiutang agar merahsiakan perbuatan mereka, kononnya tidak mahu memburukkan keadaan, tetapi sebenarnya mereka hendak menutup malu bagi menjaga maruah diri. Jelas ini merupakan perbuatan yang "double standard". Dosa bersekongkol dalam merosakkan kehidupan seseorang telah dilupakan begitu sahaja, tanpa segan silu mereka mengemis simpati dari orang yang pernah mereka hina sebelum ini. Lebih buruk lagi mereka langsung tidak meminta maaf atas perbuatan mereka sebelum ini.

7) Inilah manusia yang tidak pernah cermin diri sendiri, membangga diri lalu buta tentang kekhilafan diri sendiri. Bolehkah kita percaya dengan golongan ini? Sudah pasti tidak sama sekali.  

Saturday, December 8, 2012

Severiano Ballesteros - BBC Lifetime Achievement Award


1) The late Severiano Ballesteros or Seve is Spanish golf player that contributed a lot to the sport. His immense contributions to the golf world noticeable through his participation in European Ryder Cup team and help to raise the status of European Tour competition.

2) Seve was widely known for his great short games, his desire, passion and charisma
 for the sport. And most of all his humble attitude has affected great admiration among his counterparts, friends and foes. Therefore I think this lifetime achievement awards clearly suits to its recipient.

3) This award was presented by his close friend a Spanish counterpart and Ryder Cup partner Jose - Maria Olazabal at his home.

4) Seve died on 7 May 2011 after being diagnosed with malignant brain tumor after lost his consciousness at Madrid - Barajas Airport and was admitted to hospital on 6 October 2008. Since then he underwent series of operations to remove his brain tumor but unfortunately the only good die young fate came and nobody could escape of god summons.

5) I am sure the world of golf and especially the whole European continent will miss him dearly. To Severiano Ballesteros - may his soul rest in peace.

Tuesday, November 6, 2012

Kebenaran Dan Keadilan Itu Merupakan Tuntutan Islam

1) Aku tidak berminat untuk ulas panjang tentang keceluparan mulut Nurul Izzah Anwar Ibrahim dalam menyentuh isu "kewajaran hak kebebasan hak beragama juga diberikan kepada orang Melayu". Yang pastinya beliau jelas mencari populariti politik dengan menjual agama. Malah isu ini telah dikupaskan oleh YB Zulkifli Noordin melalui blog beliau. Sila baca di sini dan di sini.

2) Perkara yang hendak aku sentuh di sini berkenaan sikap Dr Asri yang dikenali Dr MAZA yang jelas bersikap berat sebelah dalam isu ini. Beliau yang kononnya cuba berpendirian tidak berat sebelah atau duduk di tengah - tengah dalam soal politik, sering kali gagal dalam melaksanakan apa yang diwar - warkan oleh beliau.

3) Mungkin beliau terlupa tentang ajaran Islam yang menekankan soal keadilan dalam mencari kebenaran. Untuk mengelak dari bersikap berat sebelah seseorang tersebut harus mendengar cerita daripada kedua - dua belah pihak. Malah seseorang tersebut haruslah membuang sikap prejudis dan perlu melakukan "demarcation" dalam analisa masing - masing. Dalam soal ini beliau jelas bersikap yang bertentangan, yang telah dijelaskan melalui facebook beliau.

 
Terlupakah beliau bahawa mencari keadilan dan kebenaran itu wajib, yang merupakan suatu perkara yang dituntut oleh Islam. Jika kebenaran dapat dicapai ia bakal mengelak dari berlakunya fitnah, kerana fitnah itu bakal meninggalkan kesan yang berpanjangan yang mungkin kekal berkurun lamanya yang bakal menyebabkan perpecahan umat. Malah sejarah Islam telah membuktikannya, sejarah penubuhan mazhab Syiah sepatutnya menyedarkan Dr MAZA tentang implikasi fitnah ini terhadap masa depan umat Islam.

4) Apakah niat beliau sebenarnya? Dalam beliau sibuk menuduh ahli - ahli politik yang sibuk mencari populariti menjelang pilihanraya yang tidak lama lagi, terlupakah yang beliau juga mungkin sibuk dalam mencari populariti yang sama. Mungkin beliau terlalu ego hinggakan terlupa untuk cermin diri sendiri.    

Saturday, November 3, 2012

Kamarul Dalam Kenangan

1) Pepatah Melayu berkata, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perumpamaan ini boleh digunakan keatas nasib yang menimpa Zalida Zakaria yang baru sahaja kehilangan suami yang dikasihi, Kamarul Ariffin Hj Nordin.

2) Kamarul juga merupakan seorang insan yang amat ku kenali dan hormati. Malah beliau merupakan bekas ketua ku ketika mula - mula berkhidmat dalam bidang jualan dan pemasaran ketika masih bersama Syarikat Pembinaan Jayabumi [Sarawak] Bhd [PJB] di Alor Star sekitar 2000 hingga 2005.

3) Permegian beliau juga amat mengejutkan dan menyedihkan kerana keluarga beliau amat ku kenali, malah anak - anak dan isteri beliau amat rapat dengan ku. Tidak dapat tidak ia juga mengundang perasaan cemburu beliau terhadap ku.

4) Bila terkenangkan saat akhir hayat beliau menghembus nafas terakhir, aku tidak dapat menahan perasaan sedih dan pilu ku kepada nasib yang menimpa beliau dan keluarga. Akan ku lakukan apa yang terdaya untuk membantu beliau, tetapi akan daya ajal dan mati itu hak mutlak Tuhan. Sesungguhnya kita harus redha dengan setiap nasib yang menimpa kita. Kepada yang masih hidup, terutama sekali keluarga beliau, hidup mesti diteruskan.

5) Sejujurnya perhubungan aku dengan Kamarul tidaklah begitu baik. Beliau mungkin cemburu dengan hubungan ku dengan keluarga beliau terutama sekali isteri beliau. Atas dasar apa cemburu tersebut tidaklah aku mengerti, tetapi pada firasat ku, perasaan cemburu itu mungkin didasari oleh perasaan ego beliau yang tidak boleh menerima penerimaan isteri beliau terhadap aku. Sedangkan penerimaan itu hanya atas dasar sebagai kawan baik yang bukannya atas dasar perhubungan kekasih. Malah ego beliau juga terlalu tebal dengan anak dan isteri, lalu sering kali menyulitkan keluarga. Pada aku, kita haruslah sedia menerima kelemahan diri masing - masing kerana kita hanya insan biasa, menerima kelemahan diri itu adalah salah satu tanda keimanan kita kepada Yang Esa. Namun begitu beliau beruntung kerana beristerikan Zalida Zakaria yang merupakan seorang yang sabar yang berhati cekal yang berjiwa halus walaupun kadang - kadang tu agak "confront". Tidak pastilah aku akan nasib beliau jika beliau beristerikan orang lain, orang tersebut haruslah mempunyai jiwa cekal dan sabar yang tidak ego dan sombong seperti Zalida.

6) Sesungguhnya aku tidak kisah apa sahaja pandangan beliau terhadap ku, yang penting aku tetap menghormati beliau sebagai bekas ketua ku yang telah memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada aku sebagai seorang pegawai pemasaran dan jualan. Malah kalau tidak kerana beliau, aku mungkin tidak akan jadi "best salesman" pada tahun 2005. Jadi aku harus berterima kasih dan bersyukur kepada beliau.

7) Kamarul yang dikenali amat berbakat dalam bidang pemasaran dan jualan. Beliau tidak mempunyai kelulusan akademik dalam bidang ini, beliau hanya berpandukan pengalaman dan personaliti beliau yang pandai membuat orang mudah tertarik dengan beliau. Salah satu ilmu yang aku belajar dari beliau ialah, kemampuan untuk membuat "client" menjadi kawan, yang bakal mengekalkan perhubungan antara kita dengan "client", yang dapat mengelak dari menjadi "one off", yang lebih bersifat keikhlasan.

8) Malangnya kelebihan ini sering dicemburui oleh kawan dan lawan. Sering kali beliau menghadapi masalah dengan kawan sekerja dan juga pihak atasan syarikat yang menganggap beliau sebagai ancaman, sedangkan jauh dari sudut hati, beliau tidak berniat langsung untuk menjatuhkan sesiapa. Beliau hanya dipandu oleh perasaan jujur dan ikhlas terhadap syarikat. Salah satu ilmu yang aku pelajari dari beliau ialah KESETIAAN, walau buruk sekali pun syarikat itu, beliau tidak pernah memburukkan syarikat itu, malah tidak pernah seumur hidup ku mendengar beliau memburukkan syarikat kepada orang luar. Ketika syarikat bertungkus lumus menghadapi saat getir apabila pegawai - pagawai kanan syarikat yang bertindak meletak jawatan beramai - ramai, sebaliknya beliau berani bertindak menongkah arus dengan bertindak enggan menuruti langkah pagawai - pegawai kanan syarikat yang ada dikalangannya merupakan anak didik beliau.

9) Dari Johor ke Terengganu sampailah ke Kedah, semua cawangan - cawangan ini berjaya dibaik pulih oleh beliau. Malangnya usaha dan sumbangan ini tidak pernah dihargai oleh pengurusan syarikat. Seperti yang aku telah jelaskan tadi, beliau telah dianggap sebagai ancaman kepada beberapa pegawai atasan syarikat yang cemburukan beliau. Jelaslah mereka ini adalah orang yang takutkan bayang - bayang diri sendiri, yang akhirnya merugikan syarikat. Sehingga kini syarikat PJB kekal dalam keadaan tenat, sama seperti ketika aku tinggalkan syarikat dahulu, mungkin lebih buruk lagi ketika ini. Ini semua angkara pegawai - pegawai syarikat yang tidak ikhlas, yang lebih mementingkan diri sendiri yang masih lagi berjiwa kemelayuan karat.  

10) Kamarul juga tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan atas hubungan kekeluargaan beliau dengan Tan Sri Ahmad Johan, yang merupakan pengasas PJB, yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa masuk beliau ke dalam syarikat PJB. Tan Sri merupakan kenalan rapat abang sulung Kamarul, malah abang Kamarul, Tan Sri Shahrom bekas Panglima Angkatan Tentera Darat juga merupakan salah satu pengarah syarikat SMEO yang dimiliki oleh Tan Sri Ahmad Johan. Tan Sri Ahmad Johan juga memiliki Airod dan NADI yang merupakan pemilik saham terbesar syarikat Malindo Airways yang baru ditubuhkan baru - baru ini, diatas inisiatif kerajaan Malaysia dan Indonesia bagi bersaing dengan Air Asia. Kalaulah Kamarul bersifat opportunist, beliau mungkin sudah berjawatan tinggi dalam syarikat atau pun mungkin PJB dapat dipulihkan, tak perlulah Tan Sri jual syarikat tersebut.

11) Malangnya orang - orang kepercayaan Tan Sri ini telah menyalahgunakan syarikat untuk tujuan peribadi, ada diantara mereka telah menggunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi, contohnya dengan mengarah syarikat menanggung perbelanjaan kos mereka untuk bertitle Dato'. Ada diantara mereka ini merupakan bekas pegawai kanan kerajaan, yang masih bermentaliti awam. Syarikat telah dijadikan lubuk untuk penyenggelaraan diri kepada pengarah - pengarah ini, kebanyakan mereka langsung tidak menyumbang kepada syarikat. Akhirnya syarikat terpaksa menanggung kos yang amat tinggi.    

12) Bayu Tiara Engineering Sdn Bhd [BTE] merupakan syarikat terakhir beliau. BTE seperti PJB juga menghadapi masalah kewangan. Satu masalah yang sering terdapat kepada syarikat Melayu ialah kelemahan pengurusan, terutama sekali dalam pengurusan kewangan. BTE tidak terlepas dari masalah ini, bezanya BTE tiada masalah politik cantas mencantas seperti yang berlaku dalam PJB. Masalah BTE lebih bersifat kelemahan pengurusan syarikat yang gagal mengawal pengurusan kewangan agar lebih berhemah. Bagusnya BTE ini, pemilik syarikat dapat melihat potensi Kamarul sebagai seorang pengurus, lebih baik daripada pengurus sedia ada. Lalu beliau telah diberikan kepercayaan untuk menggantikan pengurus sedia ada. Malangnya Tuhan terlalu sayangkan beliau, arwah telah kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2012 ketika pulang ke Kuala Lumpur setelah berhari raya korban di Sungai Petani dan di Pulau Pinang bersama isteri dan anak - anak. Arwah menghembuskan nafas yang terakhir akibat komplikasi jantung ketika cuba menukar tayar kereta yang pancit.

13) Malang kepada BTE, sekali lagi mereka kehilangan orang yang berkaliber setelah kehilangan pengasas syarikat yang juga meninggal dunia akibat sebab yang sama. Aku amat yakin, jika nyawa arwah panjang, beliau pasti akan dapat memulihkan syarikat, malangnya beliau tidak berkesempatan.

14) Pemergiaan arwah bakal meninggalkan ruang yang amat besar kepada seluruh keluarga, isteri yang sebelum ini banyak bergantung harap kepada arwah pasti akan merasai kesan kehilangan beliau. Sudah pasti isteri arwah perlu mencari sumber kewangan lain untuk menampung keluarga, anak sulung beliau masih lagi belajar di MSU, manakala anak perempuan arwah bakal menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi, anak ketiga arwah pula masih belajar tingkatan 1 dan yang bongsu baru berumur 1 tahun lebih.

15) Aku redha jika ini ketentuanNya, aku sedia menyerah jiwa dan ragaku membantu keluarga ini. Sesungguhnya aku telah pun menganggap mereka sebagai keluarga kedua ku. Pada aku persepsi masyarakat itu tidak penting, yang pentingnya keikhlasan hati dalam membantu. Masyarakat bukanlah Tuhan untuk menilai dan menghukum kita (walaupun kebanyakan mereka sangat ingin menjadi Tuhan dalam menghukum orang). Mungkin mereka perlu belajar dari surah Al Kahfi dalam mencari kebenaran yang hakikat. Biarlah diri ini buruk di mata masyarakat tetapi tidak di mata Tuhan. Aku pohon kepada Mu ya Allah, Engkau tempatkanlah Kamarul Ariffin Hj Nordin di kalangan hamba - hamba Mu yang soleh.

16) Setiap kali aku ingin mengingati Kamarul, aku hanya ingin mengingati beliau sebagai seorang ketua yang jujur dan ikhlas yang amat setia kepada syarikat walau dalam apa keadaan sekali pun. Ia seperti mana keikhlasan kita kepada negara tanpa mengharapkan apa - apa imbuhan, benarlah kata John F Kennedy, bekas president Amerika Syarikat, "don't asked what country can do for you, but what you can do/contribute to the country". Inilah falsafah hidup yang aku pegang hasil didikan arwah.    

Friday, October 19, 2012

Buang Masa

1) Sesungguhnya aku malas nak berbicara soal politik ni dalam facebook. Bila diutarakan sesuatu tajuk, sebaliknya tajuk lain yang dibicarakan.

2) Tak nak aku merugikan masa berbicara dan berdebat dalam soal yang pasti tak akan memberi apa - apa hasil. Kalau beliau hendak sangat berdebat dan membuang masa beliau, pergilah cari orang lain yang ingin berdebat dan membuang masa seperti mana beliau inginkan. Maaflah aku tiada masa.

3) Sudah pasti aku tak akan dapat mengubah pendirian dan pandangan beliau dalam soal yang dibicarakan, malah beliau juga tak akan dapat mengubah pendirian dan pandangan aku. Bersengkang mata merugikan masa pada lewat malam berbicara, berbincang dan berdebat dalam perkara yang tak akan membawa sebarang hasil, pada firasat aku hanyalah sekadar membuang masa.

4) Kita haruslah berbicara, berbincang dan berdebat atas dasar ingin mencari ilmu, bukannya menegakkan benang yang basah. Dah la pemikiran itu terlalu idealistik dan berpolitikan, hanya sekadar hendakkan kemenangan dalam berdebat, pada aku buat apa kalau menang sorak kampung tergadai.

Saturday, September 1, 2012

UMNO Kedah Polemic

1) The Star reported, PM urged UMNO Kedah to stop bickering and get down to work after visited Baling, Kedah recently.

2) I am sure the PM has getting fed up and annoyed with internal bickering and pointing finger among the so called "UMNO stalwart" in Kedah. Its make me wonder, aren't they really UMNO stalwart? If they really UMNO stalwart, they would get down to work, stop the internal feud among them and focus for next GE to recapture Kedah back to BN. Clearly they are more concern on their personal gain rather than the party itself. Therefore, they are not qualified to be called as UMNO stalwart. I think "Trojan horse" or traitor could be the best description or terminology that may suit them.

3) The election is just round the corner, the current development in Kedah surely is not a good news to UMNO loyalist. These people who really love the party and gave undivided support all this while would received another disappointment in the next GE. My worry was, they might leave the party altogether and would not render their support to the party anymore.

4) What was happening in Kelantan should served a lesson, since 1990 UMNO/BN never regain the state. Its all due to disunity in UMNO, eventually PAS managed to built strong foothold in the state until it became elusive to UMNO/BN to regain the state.

5) What Tun M has said about Malays easily forget is true, Malays never learn the past, they never learn history, their mind was blinded by egoism and prejudices until lose focus on their objective. Their mind always too tactical never been objective.

6) If they have to step down for the sake of the party, they wont do that, because their personal objective is far more important than the party itself. The party has to step down to make way for them, not the other way round. They are more important than party itself.        

Friday, August 17, 2012

Strategic and Objective Thinking

1) I do not know how to explain this subject academically. I am just can explain this in very plain as a layman. I am must also thankful to Najieb Mokhtar for teach me a lot on this subject albeit not literally.

2) What has prompted me to write this piece, when was another good friend of mine, Aida have asked "Kenapa orang Melayu suka memandang serong terhadap perbuatan baik yang kita buat? My answer to her is simple, blunt and yet provocative, Malays or Muslims are no longer abide to true teaching of Islam.

3) Initially she don't understand the relevancy of the teaching of Islam with her question. Therefore I'm used Tun Dr Mahathir analogy in explaining to her. Tun used to say that most of Malays or Muslims forgotten that Islam is the way of life [Ad-Din]. To them, Islam is just 5 pillars of Islam, i.e. shahadah, prayer, zakat, fasting and Pilgrimage to Mecca. But the other teaching of Islam were neglected, including Strategic and Objective Thinking. Therefore, Muslims world of nowdays are facing stagnation and backwardness.

4) We are more concern on matters that was tactical, when someone who selling the medicine item which is good for your sex consciouness, which requires more deeper explainations, it was considered taboo by the listerner. As I said it before, our mind were always full of prejudism and mental block until it blinded our eyes and mind from the truth. We are more concern on matters that were tacticals, until its prevent us from having a strategic and objective thinking which are more importants. Eventually it prevented us from developing.

5) This kind of attitude has led our Muslims world and Malays in particular remain undeveloped and stagnant or even goes backward. Japanese and German's have proved, eventhough they lost devastatingly in WWII, they still can rise from the ases and regained their dignity. What are the values that embended in their culture that has made these 2 countries regained their dignity and being developed? Have we ever thought about this matter? I am reckon we are not. Al-Quran and Al-Sunnah has laid a good foundation for our Muslims to excel in life, unfortunately the Muslims and Malays are not interested in pursuing fardhu kifayah because we are too obsessed with our ulama who taught us to be self centered - only thinking our own future in the afterlife rather than thinking about the future our muslim brothers. I find it very ironic when we blamed our Muslim brothers for the downfall of our civilization - accused them for not pursue and abide to original teaching of Islam. But when we were asked what is the teaching? - We just answering by  giving the values of Fardhu Ain, and simply forgetting the other teaching values which is Fardhu Kifayah. The questions is, are we a true Muslim if we just pursue in Fardhu Ain? Are we a true Muslim that have a right to judge our own brother as infidel just because of political differ? 

6) This mental baggage is the real culprit of Muslim backwardness. We will remain backward and left behind if this mental baggage remain in our subconscious. We must reinterprets our Islamic teaching and instill a new values as stated in Al-Quran. Our teaching have to remain progressive as to allows us for not being left behind. In fact Tun Dr Mahathir has tried to implements its during his 22 years tenure as PM. I must say, and I am quite sure that Tun Dr Mahathir lament its bear no tangible results in his effort to instill these values in Malays subconscious and culture.

7) Thus I am quite sure that Aida will come across this kind of attitude among her Malay friends - as a true Muslim we/she have to remained patience when it come to this circumstances, being patience is also one of true teaching of Islam - which clearly says "patience is half of faith".             

Tuesday, July 10, 2012

Ahmad Shaffie Dalam Kenangan - Tamadun Rumpun Budaya Melayu - Konsep Taman dan Bunga Dalam Kesusasteraan dan Tamadun Melayu

1) Aku baru aja pulang dari Timur Malaysia atas urusan kerja. Ketika pulang naik teksi dari KL Sentral, sempat berbicara dengan pemandu teksi. Tajuk bicara kami berkenaan bangsa Melayu dan bahasa Melayu nusantara.

2) Pada mulanya aku disoal oleh pemandu teksi, siapakah satu - satunya manusia di dunia ini yang mengubah masa? Perkara pertama yang terlintas di fikiran ku sudah pastilah Tun Dr. Mahathir, malah apabila beliau menyatakan lagi, orang yang bertanggungjawab menyamakan waktu di semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, maka aku sudah pasti yang beliau maksudkan ialah Tun Dr. Mahathir.

3) Ketika menunggu penerbangan pulang dari Miri ke Kuala Lumpur, aku tersadai di lapangan terbang Miri selama 6 jam dan tambahan 1 jam lagi atas kelewatan Air Asia. Bos aku pernah berkata - Tak lewat tak Air Asia la. Bagi memenuhi ruang masa selama 7 jam tersebut, aku berkesempatan membaca buku Tamadun Rumpun Budaya Melayu yang dibeli di pasar karat, JB baru - baru ini ketika menghadiri jemputan kenduri rumah Datuk Nasir Safar di Kulai Jaya, Johor.

4) Buku yang bertajuk Tamadun Rumput Bangsa Melayu yang dikarang oleh Saudara Abdul Rahman Al-Ahmadi jelas merupakan pilihan tepat yang dicadang oleh Saudara Najieb Mokhtar. Baru separuh selesai dibaca, ketika aku masih lagi bersemangat membacanya, aku telah diajukan soalan dan berbicara mengenainya oleh pemandu teksi tersebut, ia seperti pucuk dicita ulam mendatang.

5) Aku tidak sangka betapa mendalam dan jauh pemikiran arwah ayah dalam mencari nama agar seiring dengan Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Bab ke-4 yang bertajuk Taman, Konsep dan Kewujudannya Dalam Tradisi Di Alam Melayu benar - benar menarik minat ku, malah aku berterima kasih kepada arwah atas nama yang diberi. Sesungguhnya nama Bustanul itu bererti taman.

6) Menurut penulis, taman ada kaitan rapat dengan cara orang Melayu. Dalam ungkapan sehari - hari secara sederhana orang Melayu selalu menyebut kampung halaman. Biasanya dalam kampung halaman itu ada unsur kampung sebagai tempat kediaman, sebagai halaman yang dikelilingi oleh tanam - tanaman halaman. Dalam mendirikan sebuah kampung halaman diadakan dahulu upacara keagamaan dan upacara ritual yang bersifat magis seperti memilih tanah tempat tinggal, letak tanah, arah matahari, hari - hari baik dan sebagainya.

7) Semua yang dihubungkan sesuai dengan teknologi desa yang sederhana yang difahami oleh anggota masyarakat dalam hubungan mereka dengan alam semula jadi. Kawasan alam semula jadi kampung dijaga dan dimanfaatkan sepenuhnya tanpa mengganggu persekitaran dan mengubah corak asalnya, alam semula jadi digunakan sebaik mungkin tanpa dimusnahkan.

8) Upacara pemilihan tapak rumah dengan upacara doa keagamaan dan upacara ritual yang bersifat simbolis seperti meletak sebuah wadah (baldi) berisi air dengan jampi di atas sebuah piring kecil dan ditinggalkan di atas tapak itu untuk semalaman. Kemudian keesokan paginya wadah air dilihat semula untuk mengetahui apakah air itu tumpah ke atas piring. Sekiranya air itu tumpah atau masih penuh dalam wadah itu, maka tapak itu dipilih, sebaliknya jika ia tumpah maka tapak itu tidak dipilih.

9) Selepas tapak dipilih, kawasan itu diterangkan sekadar seluas sebuah tapak rumah. Rumah itu lazimnya didirikan mengadap kiblat sesuai untuk kemudahan mendirikan solat, dan untuk mengelak cahaya matahari memancar tepat. Amalan ini adalah untuk menyesuaikan manusia dan alam semula jadi.

10) Di daerah Sunda Jawa  Barat ada syair kuno yang berbunyi begini;


Disucikan dahulu tanah sekitar
Barulah tiang - tiang mantap terpancar
Serta teratur rapi rangka dibangun
Dinding menutup dan atap pun menyatu

Indah sangat ragam hiasan diukir
Beraneka pola warna pun dilukis
Doa dibaca agar rumah sempurna
Selamat penghuni, kayalah budaya


11) Dari konsep kampung halaman seperti di atas, maka nampaklah sifat semulajadi orang Melayu bahawa mendirikan kampung halaman bukan sekadar untuk memenuhi keperluan tempat tinggal semata - mata tetapi juga memenuhi fungsi ekonomi, nilai kelesaan dan nilai keagamaan serta menjaga keseimbangan antara manusia dan alam.

12) Betapa eratnya orang Melayu dengan taman dapat dilihat dalam sastera klasik Melayu yang amat kaya sekali penceritaan tentang taman, boleh dikatakan hampir semua buku - buku sastera klasik Melayu menyebut taman sebagai unsur penting penceritaannya.

13) Gambaran tentang taman bukan sahaja diceritakan dalam sastera klasik Melayu bahkan konsep taman selalu digunakan dalam budaya orang Melayu hingga kitab pun disebut Bustan atau Hadiqah. Kedua - dua kata itu bermaksud taman yang berasal dari bahasa Arab. Kitab penting yang menggunakan judul Bustan ialah Bustanul Salatin karya Naruddin Ar Raniri yang bererti Taman Raja - raja. Banyak lagi kitab - kitab Melayu yang menggunakan kata Bustan seperti Bustanul Ariffin yang bererti taman orang yang berilmu pengetahuan. Raja Ali Haji pernah mengarang kitab bahasa Melayu bernama Bustanul Katibin yang bererti Taman Persuratan. Di samping itu ada pula kitab Melayu yang menggunakan kata Hadiqah yang juga bererti taman misalnya kitab karangan Haji Wan Ahmad al-Patani dengan judul Hadiqul Azhar wal Riahin yang bererti Taman Bunga dan Bunga - Bunga Wangian. Perkataan Bustan ada pula digunakan untuk nama seseorang seperti Bustanul Ariffin, Bustaman dan sebagainya.

14) Ada pula konsep taman digunakan dalam bahasa Sanskrit seperti sebuah buku terkenal bahasa Jawa dengan nama Kusumawicitra yang bererti Taman Indah Beraneka Bunga. Kata Kusuma digunakan juga bagi buku sastera klasik Melayu dengan sebutan Bunga Rampai Melayu Kuno. Kata Kusuma dan Bunga memang dipakai untuk nama orang di Jawa dan Sunda, gelaran para bangsawan selalu menggunakan Kusuma seperti Perdana Kusuma, Hadikusuma, Wijayakusuma, Jatikususma, Kusumaatmaja dan sebagainya, sebaliknya di daerah Melayu, di zaman dahulu orang Melayu menggunakan bunga untuk nama mereka seperti Encik Bunga, Melati, Melor, Cempaka dan sebagainya. Begitu rapat konsep taman dengan bunga sehingga di kalangan orang Melayu menggunakn istilah Bunga Rampai untuk upacara penting seperti dalam upacara maulud, kenduri kahwin dan sebagainya, bahkan digunakan pula bagi ukiran dinding, mimbar dan sebagainya dengan motif flora atau awan larat.    

15) Adanya penggunaan kata taman dengan istilah Bustan, Hadiqah, Kusuma dan Bunga Rampai dalam tradisi ilmu dan budaya di kalangan orang Melayu menunjukkan bahawa orang Melayu dalam kehidupan dikelilingi oleh konsep taman. Dalam konsep negara pun orang Melayu selalu menghubungkan taman dan bunga seperti banyak nama negeri atau tempat dihubungkan dengan nama bunga. Nama kerajaan Sriwijaya ada orang menghubungkan kata itu dengan nama bunga Wijayamala. Nama Malaka dari Mala dan Ka. Mala bererti bunga mala atau bunga Wiajayamala. Kata Ka bererti tempat, nama negeri Campa dari nama bunga Cempaka. Nama negeri Kelantan disebut juga sebagai Negeri Sekebun Bunga yang ertinya sama dengan Taman Sri Ksetra zaman Sriwijaya abad ke-7. Nama timbangan Minangkabau dengan Ulak Tanjung Bunga Alam Minangkabau. Di pulau Mindanao ada tempat bernama Samboanga yang bererti jambatan bunga.

16) Sebenarnya penceritaan tentang taman dalam sastera Melayu bukanlah bersifat khayal tetapi penuh dengan pengertian, kefahaman dan kesedaran. Dalam sepanjang sejarah di alam Melayu banyak sekali dapat dirujukkan berkenaan dengan taman ini.

17) Dalam zaman Sriwijaya tahun 606 - 684 Masihi ada batu bersurat, Talang Tuo dekat Palembang yang menyatakan seorang raja memerintah membangun sebuah taman bernama Sri Ksetra demi kebahagiaan dan kemakmuran rakyat serta untuk kepentingan semua makhluk. Di taman itu ditanam berbagai tumbuh - tumbuhan yang dapat digunakan bagi keperluan hidup rakyat. Setelah sang raja menyediakan keperluan jasmaniah, beliau lalu menyampaikan ajaran budi pekerti yang luhur bersumberkan pada ajaran agama waktu itu. Ini merupakan data tertua tentang konsep taman yang dihubungkan dengan ajaran agama.

18) Di zaman Sailandra - Sriwijaya Jawa Tengah di daerah Kedu yang terkenal subur hingga digelar orang sejak zaman dahulu sebagai Taman Pulau Jawa, di taman inilah didirikan Candi Borobudur pada tahun +-800 Masihi. Mengikut hypothesis seorang seniman Belanda Nieuwenkamp bahawa dataran tinggi Kedu bahagian selatan dahulunya merupakan sebuah danau besar, di tengahnya ada sebuah pulau dan di atas pulau ini didirikan Candi Borobudur sebagai lambang Bunga Teratai yang mengapung di atas. Kalau dilihat dari udara kelihatan Candi Borobudur itu menyerupai kelopak Bunga Teratai dengan daun bunganya yang mengelilingi bakal buahnya, sedang letaknya di atas puncak bukit mengingatkan kita bahawa candi itu mengapung di udara.

19) Di zaman Majapahit abad ke-14 terdapat juga gambaran tentang Kota dan Taman seperti yang disebut dalam kitab syair Nagarakartagama dalam pupuh 8 (+-=bait).

Terjemahannya :

Halaman istana amat indah, berdinding batu merah, tebal dan tinggi. Di depan pintu masuk sebelah barat ada alun - alun, di tengah - tengahnya ada bulatan dalam.

Ada bersusun pohon brahmana (ficus religiosa), berjajar - jajar pohon bodhin (ficus rumphii),

Di bahagian lain pula dinyatakan ada ditanam pohon tanjung (Mimusops elengi),

Nagasari (mesua ferra atau topen: mallutos (floribunda), cempaka (michelia campaka) di samping itu ada pula ditanam pohon - pohon bunga yang indah - indah.

20) Di Melaka walaupun tidak dicatat dengan jelas tentang ada taman di istana tetapi perbandingan dengan istana negara lain di alam Melayu kita dapat menggambarkan bahawa negeri Melaka itu ada berjenis - jenis pokok yang tumbuh dengan subur. Apa yang digambarkan mengenai Kota Melaka itu tidaklah jelas mengenai taman, namun kita dapat rujuk dari buku Hikayat Hang Tuah yang amat indah sekali gambaran tentang taman ini.  

21) Gambaran mengenai taman dan istana dalam sastera klasiknya agak lebih jelas bila diperbandingkan dengan taman dan istana dalam tradisi Jawa. Di ibu kota Jawa lama terdapat lapangan - lapangan halaman, jalan raya, Istana dikelilingi oleh dinding batu terdiri dari beberapa bangunan - bangunan. Tidak tiap orang dapat masuk orang ke dalam istana. Di depan istana terdapat lapangan (alun - alun) tempat mengadakan  latihan berbaris setiap kali tahun. Pintu istana dijaga oleh pengawal yang disebut pasukan bhanyahangkara.

22) Dari kedua gambaran mengenai istana dan taman Melaka dan Jawa itu ada persamaan pula dengan istana dan taman di Aceh.

23) Di Aceh di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607 - 1636 Masihi). Baginda telah mendirikan sebuah Taman Sari disamping istananya untuk menghiburkan hati permaisurinya Puteri Pahang (yang berasal dari keluarga Diraja Pahang) yang selalu merindukan terhadap gunung - gunung di negeri Pahang. Di Taman Sari ini dibangunlah bangunan gunungan bersegi delapan bertingkat 3, tingginya 10 meter, tiap tingkat berakhir dengan hiasan seperti daun dan bentuknya melengkung dan di antaranya terdapat tempat duduk dari batu. Taman Sari ini diperluaskan di zaman Sultan Iskandar Sani (berasal dari Pahang / Perak) diatas permintaan Sultanah Sofiatuddin yang amat menyukai taman.    

24) Di Banten, Jawa Barat pada abad ke-17 ada sebuah taman dinamakan Tasik Ardi didirikan oleh Sultan Agong Tirtarjasa. Tasik Ardi ini yang ertinya Tasik dan Gunung mempunyai keluasan 200 meter, tepinya ditambak dengan batu - bata merah dan dibentangi oleh jurang yang dalam, di tempat tasik ada sebuah pulau dibina pada sebuah tambatan raja.

25) Diceribon, Jawa Barat kita dapati pula istana (dibina pada abad ke-17) dengan gaya senibina yang sangat menarik di mana ruang balai besar diukir dengan ukiran pepohonan. Dalam istana itu terdapat pula istana larangan walaupun ukurannya kecil tetapi dibangun dengan ukiran senihias yang indah. Di sudut lain dalam istana itu kita dapati sebuah muzium yang mempamerkan Kereta Perarakan Diraja yang mengingatkan kita kepada tradisi Keraton Majapahit. Di bahagian lain singgahsana pertabalan yang diukir dengan hiasan haiwan; kepala gajah, sayap burung dan sisik naga. Ukiran itu dinamakan dinding penuh berukir. Dalam taman ini dibangun sebuah bukit batu karang buatan yang dihiasi pula dengan ukiran batu karang yang disamarkan dengan memasukkan ke dalam simen. Sementara itu di istana Kesepulan Ceribon di samping taman ada bangunan untuk bersuluk.

26) Dalam abad ke-19 di Lombok, Mataram (dekat Pulau Bali) ada didirikan sebuah taman dinamakan Taman Narmada. Dalam taman ini ada 2 tasik penuh dengan ikan - ikan yang airnya dialirkan masuk dari sebuah sungai dan pohon - pohon yang indah. Ada pula dibangun bangunan yang pintu dan jendelanya dihias dengan ukiran bergaya senihias Hindu taman ini amat luas disusun bertingkat - tingkat (teres), 6 tingkat dengan kolam dan tasik di belakangnya ada kuil.

27) Agak menarik lagi mengenai konsep istana dan taman ini ialah mengenai istana Yogjakarta yang dibangun dalam tahun 1756 di atas sebidang tanah seluas 14,000. Di bawah istana dipanggil Keraton. Keraton ialah tempat bersemayam ratu - ratu atau raja - raja berasal dari kata - kata: Ka + ratu + an = Keraton, juga disebut Keraton iatu Ka-datu-an, tempat datu - datu atau ratu - ratu atau raja - raja.

28) Keraton sebagai istana mengandungi erti keagamaan, filsafat dan kebudayaan. Dari bangunan - bangunannya, letak bangsal - bangsalnya, ukiran - ukirannya, hiasannya, sampai pada warna gedung - gedungnya dan pohon - pohon yang ditanam di dalamnya mempunyai erti, semua yang terdapat di sini seakan - akan memberi nasihat kepada kita untuk cinta dan menyerahkan diri kita kepada Tuhan yang Maha Esa, berlaku sederhana dan tekun, berhati - hati dalam tingkah laku kita sehari - hari dan lain - lain.

29) Keraton dikelilingi oleh benteng tinggi, pintu gerbangnya 5 buah, hanya 4 buah sahaja yang dibuka. Benteng dikelilingi oleh parit air yang dalam dan jernih. Sepanjang jalan ditanam pohon gayam dengan daun yang rendang serta bunga - bunganya yang harum wangi, di samping itu ditanam pula pohon asam (celagi bahasa Kelantan atau Kamal bahasa Sanskrit) dan tanjung untuk melambangkan kehidupan sang anak yang lurus bebas dari rasa sedih dan cemas supaya sang anak itu asem menarik serta disanjung oleh kedua ibu bapanya.

30) Dari huraian mengenai konsep istana dan taman di Yogjakarta Jawa mungkin dapat sedikit perbandingan pula dengan konsep istana Besar Kota Bharu Kelantan. Istana besar ini didirikan tidak jauh dari tapak sebuah Kota Kebun Mangseta yang didirikan dalam tahun 1844 oleh Sultan Muhammad II. dari segi senibina istana itu dikelilingi oleh dinding kayu dan di sebelah hadapan ada pintu gerbang dan di hadapan istana itu ada juga padang (alun - alun) yang tepinya ditanam dengan pohon tanjung dan celagi (asam jawa), mengikut cerita mulut pula ada juga ditanam pohon pauh dan kuwini. Di sebelah istana ada pula masjid besar dan pondok pengajian agama. Di sebelah hilir juga terdapat terdapat perkampungan orang baik - baik (maksudnya pengawai kerajaan) dan ulama - ulama. Di hadapan padang ada pula tambatan Diraja tempat rakyat mempertunjukkan permulaan perahu setiap kali upacara perayaan ulang tahun Al-Sultan. Di sebelah belakang terdapat pintu pong, bagi mengeluarkan gajah dan tempat menyimpan alat - alat pemeliharaan gajah. Di samping itu di sebelah belakang istana ditanam pula buluh berjenis - jenis buluh seperti buluh betong, buluh minyak, buluh pelinting dan sebagainya. Buluh - buluh ini digunakan pula sebagai kubu pertahanan.

31) Di sebelah hulu istana terdapat juga rumah kediaman keluarga dan kerabat diraja serta kaum peniaga, dan kedai - kedai serta pejabat kerajaan.

32) Di zaman  sebelumnya dan sesudah merdeka ini di Malaysia terdapat banyak sekali taman yang didirikan dengan berbagai konsep seperti Taman Kebun Bunga dan Taman Titiwangsa konsepnya lebih bersifat budaya pendidikan dan perlancongan. Malah Putrajaya juga boleh dianggap sebagai sebuah bandar dalam taman. Di mana majoritinya diduduki oleh orang Melayu. Ia jelas merupakan salah satu idea keramat Tun Dr. Mahathir. Ternyata pemikiran Tun Dr. Mahathir bukan hanya merentasi zaman dunia moden, malah pemikiran beliau juga merentasi konsep taman budaya orang Melayu sejak turun temurun.

PS: Majoriti nukilan di atas merupakan hasil cetusan saudara Abdul Rahman Al-Ahmadi. Aku cuma menokok tambah beberapa perenggan hasil dari cetusan idea ku. Sesungguhnya aku bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu, bangsa yang jelas mempunyai nilai tamadun tinggi, tanpa perlu mengorbankan alam ciptaan Ilahi. Ketika mengejar ketinggian ketamadunan, orang Melayu masih mampu mengadaptasikan alam dan tamadun agar seiringan dalam menongkah cabaran peradaban bangsa, agama dan negara. Berbeza dengan tamadun barat yang jelas bersifat sekular dan "self centered", akhirnya akan mengorbankan alam kurniaan Ilahi, yang jelas sekali tidak seiringan sama sekali. Peliknya kita pula diarah oleh Barat agar mengekalkan alam semula jadi yang telah dimusnahkan oleh mereka sendiri.       

Sunday, May 27, 2012

Nik Aziz @ Ajen Perosak

1) Utusan Malaysia melaporkan, sila klik di sini, Nik Aziz sebagai berkata beliau tidak kisah siapa jadi PM Malaysia asalkan pemimpin tersebut beragama Islam.

2) Soalnya di sini, PM sekarang bukan beragama Islam ke? Kalau Islam sekali pun, bukan bermakna mereka tidak akan jadi kuda tunggangan DAP. Contoh yang paling jelas dapat dilihat ketika Nizar jadi menteri besar Perak. Beliau sebenarnya hanyalah proksi atau pun orang suruhan DAP. Jawatan MB hanyalah jawatan atas sekadar nama, tidak lebih daripada itu.

3) Kalau Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain beriya - iya ingin menjadi PM, mereka haruslah memeluk Islam terlebih dahulu. Salah satu syarat untuk menjadi Melayu di Malaysia, seseorang tersebut haruslah beragama Islam. Di Malaysia, hanya pemimpin Melayu yang akan diterima menjadi PM. Jadi kriteria tersebut sudah pun dapat dipenuhi oleh PM sekarang, maka tidak timbul soal pemimpin tersebut mesti beragama Islam untuk menjadi PM.

4) Pada aku Nik Aziz merupakan ajen perosak Islam di Malaysia, beliau sedar untuk memecahkan orang Islam di Malaysia, beliau perlu mengasingkan definasi orang Melayu itu daripada Islam. Pada beliau, Melayu itu hanyalah keturunan yang berdarah Melayu. Sedangkan definasi Melayu itu berdasarkan perlembagaan menetapkan seseorang itu haruslah beragama Islam. Jadi Nik Aziz sedar tentang implikasi ini terhadap perjuangan politik PAS beliau, maka beliau berpendapat Melayu itu haruslah diasingkan daripada Islam. Jika strategi ini berjaya memesongkan orang Melayu, maka peluang cita - cita perjuangan politik beliau akan berjaya.

5) Jadi untuk memastikan perpaduan orang Melayu terus kekal, UMNO dan orang Melayu yang sedar tentang implikasi ini, haruslah melakukan sesuatu bagi menghalang cita - cita politik Nik Aziz, kerana beliau merupakan musuh dalam selimut terhadap perpaduan orang Melayu / Islam di Malaysia. DAP hanya perlu menunggu peluang agar orang Melayu berpecah terlebih dahulu, sebelum dapat mengeluarkan taringnya. Jika ini terjadi orang Melayu tidak perlu bermimpi lagi untuk menjadi TUAN di tanah sendiri, pada ketika itu nasi sudah menjadi bubur untuk orang Melayu.

Licensed Criminal



1) Never crossed in my mind that one day I would see our Police Department being regarded as licensed criminal. Although I used to have at each other's throats with some of the police officers, but it wasn't a split second I would think that our police as licensed criminal.

2) To me our Police Department has done fantastic jobs in upkeeping our public order and security, thought our police department wasn't 100% perfect. Most of the high profile cases were able to be solved and public at large in the safest state generally.

3) Its make me very awkward to see our Police Department embroiled in the political games of the opposition party and with their advocate Bar Council. A police officer who was clearly beaten by criminal and can be seen via video on YouTube and pictures over blogs and newspapers, was instead labeled as criminal. How on earth are we, still couldn't see the truth even though it was visible and explicitly shown to us.    

4) If not because of  the police, our country might not be able to sustain a peace and harmony since independence. In fact our police playing a key role in keeping public order ever since during state of emergency since 1948 till 1960. Without them, Malaysia might be ruled by communist guerrilla, and of course there will be no democracy at all.

5) Unfortunately, this fact alone can't be seen by us including Marina Mahathir, which supposed to know it's very well. Our society generally immature, we would like to believe something that we like, and most of the cases its derived from mere speculation and hearsay story. The things could have been passed from mouth to mouth over hundred or few thousand people already, and we the last person who hear that story would swallow and accept it blindly without qualm.

   

Friday, May 25, 2012

Good News to Malaysian Football

1) Clearly it was a good news to Malaysian football when our national youngster Nazmi Faiz Mansor become the first Malaysian to play in European top league. His agent has confirmed the deal that Nazmi has signed 3 year contract with Biera Mar's of Portuguese.

2) As I always firmly believe, in order to step-up our national football level, we need to send our national player abroad, notably in European leagues. We can't rely anymore to our national football league since the level of competency is not even as high as J-League or Korean League. I do believe that one of the key success of Japanese and Korean football is that when they sent their players to play in major European leagues. The experience they had these players will benefit their countries significantly when they are competing in the international level. Therefore Japan and Korean especially never fail to qualify in world cup since 1982.

3) It has been many decades that our national football plunge in the doldrums. Surely this news could become a turning point to our national football out of stagnation and ranked national football team at higher place. I do hope this achievement would bridge a road to the other young talented national players in following the same footstep casted by Nazmi Faiz Mansor.

4) Since 1985 our national football team never won any major tournament except 1989 SEA Games. It took 21 years for our national football team to won the international competition, when our Malayan Tiger team won Suzuki cup in 2010.

5) The stagnation of our national football team could be partly blamed to FAM due to its lack of long terms talent breeding. We have seen many projects has been carried-out by FAM. Starting from Semi Pro, Professional league, bring in imported players etc, none of its bear fruitful. Its only recently, we could see some progress has been made, and Suzuki cup 2010 is the testament of hard works and long terms plan that being carry-out by FAM, fingers crossed I wish it could be maintained.

6) FAM also one of national football association that cannot be criticized. Anyone including FAM official who dares to criticize openly must be ready to received severe punishment. The most recent case is FAM vice president Tan Sri Annuar Musa who received 3 years suspension by FAM for openly criticizing our national football team. Before this, Raja Ahmad and Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil did received the same fate.

7) This barbaric law imposed by FAM will befall to anyone including some of good officials that has a honest view and good idea to ascending our national football level. Unfortunately, these officials has been kick-out from FAM due to feudalistic behaviour of some of  their top officials.

8) I am pretty sure all Malaysian love their national football team. Otherwise, they would not coming to stadium every time our national football team play. This huge support was obviously seen during Suzuki cup 2010. Even my own brother willing to come all the way from Kedah to see for the first time our national football team play in the final Suzuki cup 2010 in Bukit Jalil stadium.             

Wednesday, May 16, 2012

BBC Hard Talk




1) Earlier on, I was seeing BBC Hard Talk with Tun Dr. Mahathir over You Tube. Seeing how heat debate took place between Stephen Sackur and Tun Dr. Mahathir. And later discovered that Anwar Ibrahim have the same either.

2) As usual he was very sharp in his argument and has no slight hesitation in revealing his notions. Unlike Anwar Ibrahim as you can see above, there were several occasions, Stephen Sackur was forced to ascertain, especially during early debate. Still he did not giving his definite answer in one of those occasions. Its probably due to he trying to obscure the truth that could cause retaliation against him.

3) Below are the videos with Dr. Mahathir for you to evaluate. Sometimes it is not too hard to find the truth, its just needs our mind sharpness, deep understanding about the whole issues and have a clear mindset and not being preconceive.



  

Monday, May 14, 2012

Zam - Akhirnya Mahathir Tegur Marina


Aku mengambil keputusan untuk menyiar kembali artikel yang ditulis oleh Zainuddin Maidin mengenai teguran yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir terhadap anaknya Marina Mahathir dalam artikel beliau di dalam akhbar The Star baru - baru ini. 

Teguran yang dibuat ekoran artikel Marina Mahathir dalam The Star yang jelas berat sebelah, tidak berpijak di bumi yang nyata dan malah prejudis. Jelas ia tidak memperlihatkan kematangan pemikiran yang seharusnya terdapat pada diri beliau.

Secara jujurnya, aku amat bersetuju sekali dengan pandangan Zam. Malah pendirian ini haruslah dinyatakan secara terbuka dan lebih berani sejak dari awal lagi agar golongan ini sedar bahawa mereka bukan berpijak di bumi yang nyata. Sebaliknya mereka masih lagi dibelengu oleh dunia khayalan elitis dan keegoan masing - masing. 

Akhirnya Mahathir tegur Marina

TIDAK semestinya bapa borek anak rintik. Marina, anak perempuan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeleweng dari ident iti bapanya dalam aliran pemikiran atau pendirian sosio politiknya yang terserlah dari aktiviti dan penulisannya tetapi mereka yang merasa tidak senang tidak memberikan reaksi terbuka kerana menghormati Mahathir.
Secara diam-diam orang memperkatakannya dan Mahathir tentu menyedarinya.

Marina memperkenalkan dirinya sebaris dengan penulis-penulis ejen globalisasi lainnya yang terdiri dari Azmi Sharom, Karim Raslan, Tunku Abidin Muhriz .Mereka adalah kolumnis kepada akhbar The Star dan menjadi star kepada akhbar The Star sebagai wira Melayu dalam perjuangan untuk menegakkan liberalisme Barat di Malaysia.
Dengan keyakinan dalam perjuangan berani bagi dunia baru ini maka mereka terlihat sebagai wira kebebasan dan demokrasi sekalipun tulisan mereka terikat dengan sentimen, fanatik dan terpimpin oleh liberalisme Barat. Malangnya tulisan mereka tidak ramai dibaca oleh orang Melayu maka tidak banyak timbul kontroversi.

Mereka ini adalah setaraf dengan penulis dan wartawan-wartawan Utusan Melayu sebelum tahun 1961 iaitu sebelum UMNO mengambilalih Utusan Melayu yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang kebebasan dan mempertahankan kebebasan akhbar tetapi sebenarnya berjuang untuk imperialisme Melayu Raya yang dijuarai oleh Indonesia dan dibiayai oleh Comintern ( Komunis Antarabangsa) dalam masa Perang Dingin.

Di zaman Perang Dingin, mereka ini akan dianggap oleh pihak komunis sebagai imperialisme atau kapitalisme tetapi dalam keadaan dunia yang berada dalam kuasa unipolar, mereka adalah wira kepada konsep globalisasi Barat. Mereka tenggelam dalam kebanggaan ini dan tidak dapat melihat dunia lain lagi.
Tulisan-tulisan mereka yang selalunya bersifat protes tidak berasaskan kepada fakta yang benar tetapi ilusi keyakinan dan prejudis yang tidak diimbangi oleh fahaman akar umbi dan sejarah tanah air kerana mereka adalah anak golongan elit.

Umpamanya tulisan Karim Raslan dalam The Star 8 Mei 2012 menampakkan beliau terpesona dengan Dahlan Iskandar, Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia yang popular sebagai pemimpin berteraskan akar umbi yang senang bergaul dengan rakyat bawahan dan tidak meninggi diri untuk dijadikan contoh kepimpinan politik Malaysia.
Sekali gus ia memberikan gambaran kepada pembaca-pembacanya seolah Malaysia tidak mempunyai kualiti
kepimpinan yang sedemikian sebaliknya mereka yang telah melalui sejarah negara ini menyedari bahawa dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Dr. Mahathir hingga kepada Najib adalah golongan elit dan feudal yang turun ke bawah. Tidak semua anak golongan elit yang berada di awang-awangan sehingga tidak dapat melihat kekuatan sendiri.
Ini hanyalah suatu contoh dari tulisan Karim dan banyak lagi tulisannya yang mengukur kepimpinan Malaysia dari segi elitismenya.

Tunku Abidin Muhriz dalam suatu tulisannya menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang lalu telah menganggap orang UMNO sebagai lintah tetapi berikutan dengan reaksi marah orang Melayu atas tulisannya yang melulu dan bersifat prejudis itu maka sesiapa yang terus mengikuti tulisannya akan menyedari bahawa beliau sedang belajar untuk menjadi rasional dan mengurangkan keegoannya.

Sesiapa yang mengikuti kolum Marina Mahathir bila membaca satu dua para awal sahaja bagi tiap tulisannya maka kita sudah mengetahui alirannya yang bersifat protes dan berat sebelah dan lebih bertujuan untuk memperkuatkan identitinya sebagai terasing dari pendirian bapanya. Kita tidak perlu membaca tulisannya hingga ke akhir kerana konklusinya dapat dijangka sama sahaja.

Tulisannya yang terkini di The Star 9 Mei 2012 mengenai Bersih 3.0 cuba untuk menampakkan pandangannya yang seimbang tetapi pada akhirnya nyatalah dia lebih berat untuk menyalahkan polis yang mencabar kesabaran toleransi bapanya Mahathir dari terus berdiam diri. Beliau memberikan gambaran seolah-olah polis yang bertindak ganas dengan adanya bukti 65 orang awam tercedera sedangkan hanya dua orang anggota polis cedera.

Dalam suratnya kepada The Star pada 10 Mei 2012, Mahathir menolak dakwaan anaknya itu dengan penjelasan " Ramai yang tercedera bukan dipukul oleh polis. Demonstran juga menyerang orang awam yang mereka fikirkan memerhati dan merakamkan apa yang sedang berlaku. “Dan terdapat samseng-samseng yang dilatih khusus dari Pas yang memakai baju merah yang tugas mereka adalah untuk menggunakan kekerasan" Mahathir berkata Marina yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 tidak tercedera kerana dia tidak cuba untuk memecahkan sekatan yang diletakan oleh pihak berkuasa. Kiranya semua demonstran mencontohinya maka tidak ada seorang pun yang akan tercedera. Mahathir juga berkata Marina tentunya mengetahui bahawa di tempat lain sekatan telah dibuang , cermin kereta polis diketuk dan dipecahkan dan kereta diterbalikkan.

Jika tidak silap saya inilah pertama kalinya Mahathir membetulkan fahaman anak yang keliru dan mungkin mengelirukan orang ramai dengan tujuan untuk memperlihatkan diri sebagai ejen globalisasi dan mahu terbilang sebagai salah seorang jaguh perjuangan kemanusiaan, kebebasan dan demokrasi di Malaysia.
Walaupun Marina diketahui telah menyekutukan dirinya dengan mereka yang mahukan keadilan kepada golongan LGBT dengan mengenepikan nilai-nilai murni tempatan tetapi Mahathir yang diketahui penentang keras perkahwinan sejenis dan menyingkirkan Anwar dari kepimpinan UMNO kerana memiliki kesukaan sejenis, tidak pernah menegur Marina sebelum ini. Mungkin Mahathir merasakan bahawa beliau tidak harus membiarkan lagi anaknya apabila sampai kepada peringkat usaha mengikis kredibiliti pihak polis dan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap tonggak utama negara ini.

Dengan teguran Mahathir terhadap Marina maka pihak tertentu tidak seharusnya memikirkan lagi bahawa Mahathir telah membiarkan anaknya menumpang pengaruhnya untuk meneruskan perjuangan untuk liberalisme Barat dalam hal-hal yang bertentangan dengan nilai tempatan. Marina tidak mempunyai kekuatan pengaruhnya sendiri tetapi bergantung kepada kemasyhuran bapanya, penyelewengan dari identiti bapanya telah dieksploitasi atau dipinjam oleh parti-parti pembangkang untuk meningkatkan moral mereka tanpa kerelaan Marina sendiri.

Bagaimanapun Marina tidaklah sama bahayanya kepada bangsa dan negara seperti Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz yang pengaruh kepimpinan agamanya mengelirukan pemimpin-pemimpin Pas dan ahlinya untuk menerima seorang yang didakwa penzina dan homoseksual sebagai pemimpin mereka dan juga sebagai bakal pemimpin negara.

Thursday, April 26, 2012

Drive It To Believe It



1) I have to admit I haven't test this car yet. But looking from Tun Dr. Mahathir face and enthusiasm speech by the Proton MD and his team, there are full of confidences given to this new model Preve by the Proton staffs itself. Looking at most of Malays who took in-charged for development of this car really make me proud. Proton has proved that Malay has capabilities to design and manufacture highly technological engineering intricacies. This is a true reflection of Malaysia Boleh and Malay Boleh.

2) Now its up to customers to judge. Probably this is a mirror reflection to prove that Proton also capable to design and manufacture not only a cheap car at minimal specs but  also capable to design and manufacture a car that have same specs and performance with their foreign counterparts. I hope our Malaysian people would use their wise wisdom to judge this car, and throw away any bad sentiment lingering in their minds. Hopefully they will judge with sense of maturity and wisdom.

3) To certain people, Proton possibly is just a CAR, there were no significant importance and pride to all Malaysian, Proton is same with other car i.e. Toyota, Honda, Hyundai or other continental car. Maybe Proton is a burden to the public for causing foreign imported car very expensive. Or even Proton is just a "besi buruk" [scrapped metal] on the road.

4) It would not be surprised to hear any commenter's bitching and moaning about same old story of Proton power window, rusted roof, low quality bumper etc. They will bitching and moaning until Proton failed one day, and will blame to the government for wasting public money. There will always wrong to the governments even if it was right.

Tuesday, April 17, 2012

Sekadar Renungan

1) Kemampuan berfikir tidak hanya tertakluk kepada keluasan ilmu yang dicapai. Kita sering mampu berdiskusi dan berdebat dalam isu - isu yang kita ketahui. Tetapi soalnya, adakah kita mampu melihat sesuatu perkara tersebut dari luar topik yang dibicarakan?

2) Jika kita berbicara dan berdiskusi dalam berbagai topik termasuklah hudud sekali pun. Tetapi adakah kita mampu melihat dari sudut praktikalitinya? Seorang yang telah memimpin negara selama 22 tahun berdiskusi dan berdebat dengan seorang pelajar yang baru berumur 23 tahun yang hanya nampak dalam ruang lingkup teorinya sahaja, tentulah amat berbeza sekali pandangan masing - masing.

3) Dari satu sudut yang terlalu berteori, sehinggakan ternampak kekhilafannya, sehinggakan sanggup dan berani mendakwa terdapat surah Al-Quran yang telah dimansuhkan tetapi masih boleh dibaca iaitu baca tanpa terima. Inilah yang dinamakan kegagalan berfikir yang terlalu berpaksikan hukum - hukum yang dirumuskan dalam hadis yang akhirnya telah menidakkan yang haq atau benar.

4) Mungkin ia disebabkan oleh ketaksuban kita terhadap hadis lalu menidakkan asas Islam itu sendiri yang bersandarkan wahyu Allah iaitu Al-Quran dan barulah diikuti oleh hadis sohih.

5) Inilah polemik yang sering melanda di kalangan pelajar - pelajar institusi pengajian tinggi, yang hanya nampak teorinya sahaja tanpa melihat dari sudut praktikalitinya. Pandangan dari sudut praktikaliti memerlukan pengetahuan, pemahaman dan pengalaman serta kemampuan melihat dari sudut luar lingkupnya.

6) Sebagai contoh apabila serangan matawang melanda negara dan rantau Asia pada tahun 1997. Malaysia telah mengambil tindakan "unorthodox" dengan mengambil keputusan mengikat matawang Ringgit dengan US Dolar, membekukan matawang Ringgit di akaun luar pesisir oleh rakyat asing dan "twelve- month rule" yang menghalang penghantaran balik dana.

7) Perlaksanaan polisi tersebut telah dilaksanakan oleh seorang "medical doctor" yang jelas tiada latar belakang akauntasi mahupun ekonomi. Malah polisi tersebut telah berjaya dilaksanakan dan telah diakui oleh dunia termasuklah IMF yang sebelum itu jelas menentang perlaksanaannya.

8) Inilah yang dikatakan kemampuan berfikir yang melihat dari ruang lingkup yang lebih luas yang tidak hanya melihat dari satu sudut sahaja. Pada ketika dunia tanpa sempadan yang menuntut kita agar melihat, berfikir dan menganalisa sesuatu perkara secara lebih holistik agar dapat diadaptasikan secara menyeluruh dan praktikal bersesuaian dengan keadaan semasa. Inilah zaman tanpa sempadan yang menuntut pemikiran yang progresif dan praktikal.

9) Begitulah juga bila mana terdapat seorang sahabat yang bukan hanya berpengetahuan dalam bidang agama Islam hatta dalam bidang katolik sekali pun. Justeru dapatlah dilihat keindahan Islam itu dari sudut pandangan luar yang sering kali bertentangan. Lalu dapat dimengertikan apakah itu Iman dan apakah itu Islam.

10) Bila mana ketika ini terdapat begitu ramai yang ketagihan agama, sering aja menyuarakan ketagihan masing - masing di laman web, blog dan sosial media. Agar semua orang dapat melihat ketinggian ilmu Islam masing - masing, sedangkan Islam itu mengajar umatnya agar tidak menunjuk - nunjuk atau riak hatta dalam agama sekalipun. Kerana Islam itu bergerak seiringan iman, jika iman itu tinggi, secara tak langsung nilai - nilai Islam itu akan terpancul, maka timbullah sikap tawaduk, tawakal, zuhud dan soleh.

11) Jadi tak perlulah kita bermegah - megah menunjukkan keIslaman diri dengan berpakaian dan beserban agar diri dikenali sebagai seorang Islam yang hebat dan menunaikan ajaran yang wajib serta yang sunat agar diri dikenali sebagai soleh. Kerana soleh, tawaduk, tawakal dan zuhud itu datangnya daripada cahaya iman.

12) Islam dan iman itu bukannya terletak pada pada kulit dan rupa tetapi jiwa dan amalan kita yang akan menentukan keislaman kita, Wallahualam. 

Saturday, February 25, 2012

Sabar Itu Separuh Daripada Iman

1) Kita sering mendengar orang menyebut, "sabar itu separuh daripada iman". Persoalannya adakah kita faham dengan maksud "sabar itu separuh daripada iman"? Sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu mengetahui maksud iman dan sabar itu. Iman bermaksud, percaya dan yakin bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan semesta alam yang mencipta dan menentukan hukum-hakam seperti yang terdapat dalam sains kejadian alam yang di dalamnya terdapat maksud "kenapa" yang bukan hanya "bagaimana". Manakala kita juga harus yakin dan percaya Nabi SAW itu pesuruh Allah, dan harus mengakui dan mengikuti setiap ajarannya. Sabar pula bermaksud tidak cepat marah dan putus asa, kuat menghadapi sesuatu cabaran dan rintangan, juga tidak terburu - buru atau tidak terkejar - kejar, tidak mudah berasa risau dan tidak gopoh ketika membuat sesuatu.

2) Seperti yang telah dinyatakan dalam Bohong Sunat, kisah Nabi Musa menuntut ilmu dari Nabi Khaidir seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam surah Al Kahfi. Sesungguhnya Nabi Khaidir telah menyatakan kepada Nabi Musa bahawa engkau tidak akan dapat bersabar bersama ku. Dan bagaimana engkau  akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?. Pada firasat aku, apa yang cuba disampaikan oleh Allah SWT melalui surah ini ialah tentang erti sabar dalam mencari kebenaran yang hakikat. Kerana kebenaran itu tidak datang serta-merta, ianya memerlukan kesabaran dan masa sebelum dapat dirungkaikan. Inilah yang berlaku kepada Nabi Musa yang jelas tawaduk dan rendah diri menuruti perintah Allah untuk belajar daripada Nabi Khaidir yang tidak pun tergolong di kalangan 25 rasul yang harus dipercayai oleh orang Islam.

3) Surah Al Kahfi juga boleh dijadikan pedoman kepada kita tentang tingginya nilai sabar itu sehinggakan boleh ditakrifkan "separuh daripada iman". Iman itu adalah kebenaran, kebenaran itu memerlukan kesabaran oleh setiap manusia untuk mencapainya. Sabar itu mengajar menusia mengawal hawa nafsu kerana hawa nafsu itu adalah punca segala kemungkaran. Jika Nabi Musa tidak sabar terhadap Nabi Khaidir, beliau akan beranggapan Nabi Khaidir telah melakukan kesalahan, sedangkan Nabi Khaidir dan Allah SWT mengetahui dengan jelas hakikat perbuatan beliau itu.

4) Jika kita mengikut perasaan marah kita terhadap Dr. Mahathir yang memecat Anwar Ibrahim pada 1998, tanpa bersabar mencari kebenaran yang hakikat yang sudah tentu Malaysia  ketika ini sudah berada dalam telunjuk Amerika Syarikat, orang Melayu hilang hak istimewanya dan selama-lamanya kita akan dijajah. Semuanya ini adalah kerana kita tidak sabar dalam mencari kebenaran dan terlalu mengikut perasaan tanpa berpaksikan pemikiran yang rasional. Percayalah kebenaran itu sukar dicapai, ia sering menuntut kesabaran, kerana kebenaran itu bersifat kekal. Sebaliknya kemungkaran itu mudah dicapai tetapi ianya bersifat sementara.

5) Malah Rasulullah SAW dalam perjuangan baginda menyebarkan syiar Islam di bumi Mekah, telah berhijrah ke Madinah, sanggup mengorbankan segala-galanya yang telah dicapai di bumi Mekah yang juga merupakan tempat baginda dilahirkan. Baginda sabar dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT, sabar menuruti perintah Allah SWT agar berhijrah ke Madinah, dimana syiar Islam itu lebih efektif dilaksanakan dari luar Mekah.  

6) Iman itu juga merupakan kebenaran, kebenaran itu datang daripada Allah SAW, manakala kemungkaran itu pula datangnya dari manusia itu sendiri atau syaitan. Maka apa yang disyariatkan oleh Islam itu adalah kebenaran, iaitu kebenaran yang hakikat, yang bersifat kekal, yang sering kita lupa. Kita pula sering melihat Islam itu dari satu sudut sahaja [yang disukai], sedangkan suka itu adalah mainan perasaan yang belum pasti lagi benar. Malah kita sering gagal melihat dari sudut yang menyeluruh, yang hanya melihat dari ranting - rantingnya, sedangkan akarnya yang merupakan paksi kepada Islam itu dilupakan.

7) Iman @ kebenaran itu juga pahit, sepahit ubat yang sukar ditelan, tetapi amat berkesan untuk mengubati penyakit, sebab itu kita perlu sabar menelan ubat yang pahit tersebut kerana ia boleh menyembuhkan penyakit. Ianya tak semanis gula, yang sedap dimakan atau diminum, tetapi bisa menyebabkan manusia terkencing manis.

8) Percayalah yang manis itu sering bersifat sementara yang mudah didapati, sering menyebabkan kita terpegun dan kagum dengan keunikannya dan kesedapannya. Lambat laun ia bakal merosakkan diri. Manakala pahit itu pula amat sukar ditelan, dan sering menuntut kesabaran, yang akhirnya bakal mengembalikan dan mengekalkan kesihatan sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

9) Atas dasar inilah aku beranggapan "sabar itu separuh daripada iman" amat relevan dalam ajaran Islam. Kalau kita percaya dan berpegang teguh terhadap prinsip ini dan percaya kepada "Qada dan Qadar", kita akan "Reda" serta sabar terhadap setiap "Qada dan Qadar" yang menimpa diri. Kerana "Qada dan Qadar" itu adalah ujian daripada Allah SWT, jika kita sabar dan reda dalam menempuhinya, ia bakal meningkatkan iman kita terhadap Allah SWT.

* P/S : Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi ku, malah tidak berniat sama sekali untuk aku memberi nafas baru atau menentukan satu hukum baru dalam Islam. Oleh itu aku ingin memohon maaf terlebih dahulu jika terdapat kekhilafan hasil dari kedangkalan diri sendiri, kerana yang salah itu datangnya daripada diriku sendiri, manakala yang baik dan benar itu datangnya daripada Allah SWT.          

Sunday, January 29, 2012

Bohong Sunat

1) Bohong seperti yang disyariatkan adalah "haram", dan dilarang oleh Islam. Terdapat banyak kesan tidak baik bakal berlaku akibat dari perbuatan bohong. Selalunya perbuatan bohong berniat tidak baik.

2) Bagaimanakah pula halnya perbuatan bohong tetapi berniat baik? Atau boleh disimpulkan "matlamat menghalalkan cara" atau "bohong sunat". Matlamat menghalalkan cara juga telah disyariatkan "haram". Bagaimanakah pula hukumnya perbuatan bohong yang terpaksa? Sebagai contoh, seseorang itu telah berusaha upaya untuk berterus terang, tetapi setiap alasan jujur yang diberi tetap dipandang serong oleh pihak yang mendengarnya, lalu tidak dapat tidak beliau terpaksa berbohong kerana niat beliau sebenarnya baik. Tambahan pula pihak yang mendengar itu, mempunyai pemikiran negatif yang membaluti jiwa dan akal dari mendengar kebenaran. Semuanya berpunca dari perasaan benci, tamak haloba, cemburu, takut, bangga, riak dan tidak suka, lalu beliau telah menutupi diri dari kebenaran, tanpa berpandukan akal yang rasional dan kebijaksanaan yang dituntut oleh Islam itu sendiri.

3) Allah mengetahui kebenaran yang hakikat, manusia pula sering gagal dalam mencari kebenaran yang hakikat, lalu mereka sering gagal mencapai kebenaran. Akhirnya mereka sering menyokong kemungkaran tanpa mengetahui hakikatnya yang sebenar. Syariat sering kali bertentangan dengan hakikat. Contoh terbaik ialah kisah Nabi Khaidir dengan Nabi Musa, setiap perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Khaidir ternampak kesalahan seperti yang telah disyariatkan, tetapi hakikatnya, adakah ianya salah? Kisah dari surah Al Kahfi ini juga mengajar kita tentang erti sabar [akan dirungkai nanti].

4) Manusia telah dianugerahkan akal fikiran oleh Allah SWT. Malangnya masih terdapat ramai manusia yang gagal menggunakan akal fikiran anugerah Tuhan. Mereka masih lagi membuat kesimpulan berdasarkan emosi tanpa alasan yang kukuh. Sering kali keputusan yang dibuat berdasarkan perasaan atau emosi, sedangkan emosi dan perasaan itu berpaksikan nafsu yang sering dipandu oleh syaitan. Benarlah apa yang disebut oleh Kassim Ahmad, kebenaran itu datang daripada Allah SWT, manakala kemungkaran itu pula datangnya dari diri sendiri dan syaitan. Mana mungkin Allah itu gedebe dan mencarut kerana sikap dan perbuatan tersebut hanya datang dari manusia itu sendiri dan syaitan. Maka kita perlulah meminta maaf terhadap setiap insan atas setiap kesalahan yang dilakukan, kerana kesalahan itu adalah hasil dari perbuatan diri sendiri bukannya dari Allah SWT.

5) Jadi perlukah kita berbohong jika situasi kita berada dalam keadaan sedemikian?

        

Saturday, January 21, 2012

Kematangan Berfikir

1) Baru sudah berbicara dengan saudara Najieb sebentar tadi. Seperti biasa tajuk perbualan kami banyak berkisar tentang soal politik, agama, teologi, serta isu - isu lain lagi.

2)  Salah satu perkara yang kami berdua bersetuju ialah kegagalan berfikir secara matang di kalangan masyarakat ketika ini, kegagalan ini sering berlaku kepada masyarakat kita dalam membuat analisa dan andaian tentang beberapa isu yang sering berlaku dalam dunia politik Malaysia termasuklah isu keputusan hakim mahkamah tinggi melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat [merogol] Saiful Bukhari.

3) Aku berpendapat hakim berjaya berfikir secara matang lalu membuat keputusan yang jelas rasional. Beliau berjaya membuat sempadan antara rasionaliti dengan perasaan. Fakta yang ditekankan ialah, beliau tidak boleh hanya bergantung kepada hujah saksi pendakwa iaitu saudara Saiful sendiri, yang sudah tentu bias. Malah pendakwa juga gagal mengemukakan bukti yang menunjukkan perbuatan paksaan dari pihak tertuduh. Walaupun prosiding mahkamah sering diganggu dengan beberapa siri penangguhan disebabkan tuntutan pihak tertuduh, malah pihak tertuduh juga cuba memohon untuk menukarkan beliau atas tuduhan bersikap bias dalam pengadilan beliau ketika prosiding berjalan. Sudah pasti ia akan memberi impak secara emosional terhadap keputusan hakim, walaubagaimana pun beliau berjaya menggariskan sempadan antara emosi dengan rasional. Ini merupakan salah satu contoh kematangan berfikir dalam penghakiman oleh seorang hakim yang harus memegang prinsip keadilan dalam setiap keputusan beliau.

4) Perbualan kami juga berkisar tentang polemik politik yang sedang melanda negara ketika ini. Tentang asas atau sebab keputusan yang diambil oleh beberapa pihak tertentu termasuklah keputusan beberapa bekas ahli dan pemimpin UMNO untuk menganggotai parti DAP. Pada aku mereka ini jelas masih kurang matang dan tidak ikhlas dalam perjuangan parti ketika masih berada dalam UMNO. Teras atau alasan yang diberi ialah korupsi yang berlaku dalam UMNO yang membuatkan mereka keluar dari UMNO. Adakah mereka sebenarnya yang kecewa kerana gagal mendapat jawatan dalam parti? Adakah jawatan yang disandang merupakan jawatan yang boleh dibangga - banggakan? Adakah jawatan yang disandang merupakan hak mutlak yang bukan merupakan tanggungjawab yang diamanahkan? Yang harus dipegang selama - lamanya. Kalau inilah alasannya, pada aku mereka ini masih lagi kurang matang dalam berfikir sebagai seorang pemimpin politik serta masih kebudak - budakkan dalam membuat perhitungan politik masing - masing. Lainlah jika keputusan yang dibuat itu atas alasan UMNO sudah lari dari matlamat perjuangan asalnya iaitu memperjuangkan bangsa, agama dan negara, maka alasan yang diberi boleh diterima pakai serta amat kukuh.

5) Begitu juga dengan sikap yang tidak rasional dan tidak praktikal oleh kebanyakkan masyarakat Malaysia ketika ini. Apa yang diinginkan ialah membina syurga di atas muka bumi ini yang jelas merupakan pandangan yang terlalu idealistik, yang tidak praktikal, "impossible" dan tidak rasional. Pemimpin yang diinginkan pula mestilah bersifat sempurna, tiada cacat cela sama sekali atau sekurang - kurangnya mestilah bersifat seperti seorang nabi. Ia jelas tidak mungkin dapat dicapai kerana setiap yang sempurna itu hanya ada pada Allah dan hanya datang dari Beliau.

6) Islam itu ad-din [way of life] yang merangkumi undang - undang, sistem politik, sosial, ekonomi, ibadah dan perbuatan kita seharian. Ia berperanan besar dalam membentuk insan yang kamil, membentuk masyakat yang ideal, menitik beratkan pembentukan moral dan kerohanian sesebuah masyarakat, yang seterusnya membentuk nilai ketamadunan yang kukuh. Meletakkan undang - undang dan demokrasi sebagai paksi pembentukan nilai ketamadunan seolah - olah mengenepikan Islam itu sebagai ad-din [way of life].                             

Saturday, January 7, 2012

Proton, AP and Cronies

1) The issue on the selling of Proton shares by Khazanah has created a great deal of attention and concern from me. There were many issues that need to be addressed by Khazanah in great details because its deal with a public fund since the national car Proton is national belonging.

2) I am looking as a concerned public towards its national car, not as businessmen, who look at it in the profit and loss view. There are many people out there trying to justify their point of views, unfortunately most of their views are very self centered kind of view. Accusing weak leadership of Khazanah as majority shareholder in Proton, enriching certain AP holders by putting high fees of tax and duty which consequently creating exorbitant  price of foreign passenger cars in the market.

3) Ironically, our local car market still growing even-though the price of imported recon and new cars inflated. It shows the people still willing to pay even-though they need to pay at higher price, so it is people right of freedom to choose, so I found there was no firm ground to blame government on this issue. We could argue and criticizing government for putting Proton as national car by sacrificing people money who's ironically still buying imported cars at "exorbitant price". These are the same people who willing to enrich certain AP holders, even-though has been told about it. The analogy that I could used is, the house owner who is blaming raider for stealing his monies and belongings, but not blaming himself for letting his door wide open.

4) Coming back on the issue of selling Khazanah shares in Proton to other bidders, I hope the government and Khazanah would ensure that Proton remain as national car after new owner took over the company. To me Proton is national treasure, there were a greats deal technological affect that Proton could contribute to the nation [although there are many people don't subscribe to it], but I was entitled to my point of view.

5) On Datuk Nadzmi bids to acquire Khazanah shares in Proton, and his plan to sacrifice Proton key asset in its manufacturing plant in Tanjung Malim and selling Lotus cars has also make me worry. It was clearly he has own agenda to make Proton back to profitable, which eventually means to enriching himself by scarifying Proton as national car agenda. That was a true analogy about enriching certain cronies, not as what being perpetuated by certain bloggers.              

Lesson and Learn - The Art of Thinking

1) The problem to most of people was, failed to demarcate between the speculation with fact. I had a one clear example, when I had an argument about politic between me and my colleague recently.

2) He has putting a speculation about political scenario in BN component parties i.e., MIC, MCA etc during Tun Dr. Mahathir period as BN chairman and PM. The weight that he is trying to put in is, there is an influence from PM Tun Dr. Mahathir on the selection of president of respective parties mentioned above. To me it was a clearly speculation which has no credible ground in that view. The fact was, the presidents of these parties were elected by their own party members which has no direct connection between them and Dr. Mahathir. Although he could argue that Dr. Mahathir is BN chairman and PM which were the influence lies on the selection of the president of these parties, my answer is YES, he did has a power to choose whoever he wish to be his Minister, but to be elected by their own party members was a speculation in its nature i.e., lack in weight, merely a logical point of view. Because being elected as the president of any political parties is different in its nature. But of course PM has to choose whoever elected by these parties to represent their political strives and views in the government policy administered by him. It was called sharing the power between each party involved. So if we are talking about logical thinking or reasoning, we could create 1001 of logical reasons to prove ourselves. Whether it was fact or fiction is another matter.

3) To me, before we started to argue on whatever issues, we must know how to demarcate between fact and fiction. That is one of my guiding principles in assessing the info available before being criticizing to that notion. It will putting you in more credible ground before could argue about it, in fact lawyers and judges always did it in court.

4) Back to the issue about my argument with my colleague, its help me to assessing his thinking patent actually has not changed since he was a remiser in those days. As a remiser who needs to keep updated with the current  issues whether its true or fiction in the local bourse. The shares being trade by these share traders, is in the way of  speculating the certain share stock in order to raise the price of that share, eventually it will profiting them when the share sold. That is how fund managers, stock brokers and remisers playing their game in the local bourse. This is the thinking patent that I could see from him.

5) I have to admit that I am could very judgmental towards my own friend, which I am not supposed to, but to me he was very judgmental towards me either. By putting a weak and logical reason against me, by assuming me being bias towards Dr. Mahathir since both of us came from the same state, was a logical reason but lack in weight. I am don't really care whoever is the PM and where is he came from, but what I am do really care is the PM who can lead the country and putting the right aspiration of most of its people.           

Monday, January 2, 2012

Tanah Wakaf

1) Tindakan kerajaan PAS Kedah untuk meneruskan pembinaan komplek membeli belah di atas tapak wakaf masjid di Kancut mengingat kembali aku kepada isu penjualan tanah wakaf masjid di kampung aku, Kota Kuala Muda, yang berada dalam Parlimen Sungai Petani di bawah pimpinan Johari Abdul dari parti PKR, manakala Adun pula di bawah DUN Pantai Merdeka, di bawah pimpinan Haji Abdullah Jusoh dari parti PAS. Tanah wakaf yang dijual pada harga lebih daripada RM100k oleh pihak masjid Kampung Haji Kudong kepada taukeh Cina yang kemudiannya telah membina bangunan sarang burung layang - layang bagi tujuan perniagaan beliau.

2) Terdapat 3 polemik yang aku ingin kupaskan di sini :-

Pertama :
Apakah hukum menjual tanah wakaf? - Persoalan ini perlu kembali kepada "mutual agreement" diantara pemilik asal tanah wakaf dengan penerima tanah wakaf yakni penjaga amanah wakaf tersebut, apakah yang telah diwakafkan oleh pemilik asal tanah tersebut tidak dapat dipastikan, hanya pihak yang terlibat iaitu pemilik asal tanah wakaf dengan pihak pemegang amanah tanah wakaf tersebut sahaja yang dapat mengetahuinya. Setahu aku, tanah wakaf tidak boleh dijual, ia dapat dikiaskan dengan analogi seorang penjaga anak yang masih tidak boleh memBINkan atau memBINTIkan anak tersebut kerana beliau telah diamanahkan oleh ibu bapa anak tersebut untuk menjaga anak. Berbeza dengan isu penjualan tanah wakaf ini, apabila pihak pemegang amanah telah menjualnya yakni melepaskan hak mereka sepenuhnya sebagai pemegang amanah tanah wakaf kepada pemilik baru tanah tersebut. Yakni pemilik baru tanah wakaf tersebut berhak berbuat apa sahaja terhadap tanah tersebut kerana ia telah menjadi hak mutlak mereka. Melainkan jika tanah wakaf tersebut telah "luput kegunaan", tetapi bagaimana pihak masjid boleh memastikan tanah tersebut telah "luput kegunaannya" sedangkan taukeh Cina yang membelinya berjaya membuktikan tanah tersbut masih boleh memberi pulangan lumayan? Inilah polemik orang Melayu yang sering menjual tanah bagi keuntungan singkat berbanding orang Cina yang jelas berfikiran objektif dalam setiap tindakan mereka yang akhirnya menguntungkan mereka dikemudian hari.

Kedua :
Jelas sekali Jabatan Tanah dan Jabatan Agama Islam negeri tidak mengetahui isu ini. Jauh sekali untuk ADUN dan ahli Parlimen Sungai Petani yang telah dilantik oleh rakyat Kota Kuala Muda untuk mengetahuinya, memandangkan amat jarang sekali mereka melawat kawasan jajahan. Malah tidak dapat dipastikan pernahkah mereka bersembahyang di masjid Haji Kudong, kalau pernah pun mungkin ketika dekat - dekat pilihanraya. Sekurang - kurangnya Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Paduka Ahmad Bashah yang pernah melawat masjid tersebut ketika bulan Ramadhan yang lalu. Malah jalan bertar dari pekan Kota Kuala Muda ke Kuala Sungai Muda yang rosak teruk akibat lori tanah yang sering lalu lalang menggunakan jalan tersebut bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Muda yang dilaksanakan sejak Kedah dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran BN lagi, langsung tidak diendahkan oleh ahli Parlimen Sungai Petani dan ADUN Pantai Merdeka.

Signboard Tapak Projek






Tidak hairanlah jika isu besar yang melibatkan kepentingan orang Islam pun tidak dipertahankan oleh parti yang kononnya memperjuangankan Islam, malah nama Allah pun telah dijual untuk mendapatkan undi, surau dan masjid yang dibina atas tanah wakaf pun boleh diroboh, syurga dan neraka pun boleh dilelong untuk mendapatkan undi pilihanraya, anak bini pun boleh telah dijual supaya dapat jadi PM, itu tidak termasuk beberapa hukum - hukum Islam yang telah ditafsirkan sesuka hati agar sesuai dengan selera politik masing - masing, macam Islam itu adalah hak peribadi masing - masing dimana semua orang harus mengikutinya.
Peta Jalan Kota Kuala Muda 




Keadaan Jalan Yang Jelas Menyukarkan dan Membahayakan Pengguna Jalan

Ketiga :
Kalau tanah wakaf tersebut kepunyaan mana - mana kuil Cina, sudah pasti tanah wakaf tersebut bakal menghasilkan pendapatan kepada kuil. Malangnya tanah wakaf tersebut kepunyaan masjid Kampung Haji Kudong. AJK masjid langsung tiada idea bagaimana mahu mengusahakan tanah tersebut untuk kepentingan masjid dan Islam, akhirnya tanah tersebut dijual kepada bangsa lain yang bukan beragama Islam. Akhirnya bangsa Cina terus bertambah kaya, manakala orang Melayu yang beragama Islam terus berada dalam kemiskinan disebabkan tiada pemikiran yang objektif bagi membangunkan ummah di kalangan orang Islam itu sendiri serta badan yang bertanggungjawab termasuklah pemegang amanah. Perlu diingat, tanah wakaf adalah harta yang diwakafkan untuk tujuan Islam, bukan hanya untuk tujuan masjid sahaja. Pendapatan yang dihasilkan daripada penjualan tanah wakaf hanya bersifat "one-off", sedangkan tanah yang diwakafkan itu boleh digunakan untuk tujuan untuk Islam, contohnya pemegang amanah tanah wakaf tersebut juga boleh membina bangunan sarang burung layang - layang untuk tujuan perniagaan, dimana hasilnya boleh digunakan untuk tujuan Islam. Malangnya pihak AJK masjid Haji Kudong membuat keputusan tiada modal untuk membangunkan tanah wakaf tersebut lalu membuat interpritasi dan melaksanakan hukum Islam tanpa mendapat rujukan daripada pihak Jabatan Agama Islam dahulu. Ini merupakan kesalahan yang jelas sekali "to the absolute fullest". Kalau kesalahan seorang pelacur hanyalah antara beliau dengan Allah, mungkin tanpa kerelaan disebabkan situasi dan keadaan yang mendesak. Tetapi bayangkan kesalahan seorang Islam yang telah diamanahkan oleh Allah dan umat Islam bagi menjaga harta wakaf, kesalahan beliau bukan hanya antara mereka dengan Allah, malah turut melibatkan antara mereka dengan saudara seagama yang akan berlanjutan selama - lamanya sehingga ianya dapat ditebus kembali, Wallahhualam. Tanah yang sepatutnya memberi faedah dan manfaat kepada masjid dan orang Islam, malangnya telah hilang begitu sahaja dek oleh kesilapan, kedangkalan, kelalaian dan tidak amanah pemegang amanah tanah wakaf tersebut.    

3) Untuk pengetahuan, pemilik asal tanah wakaf tersebut telah pun meninggal dunia, arwah telah mewakafkan tanah tersebut kepada masjid Haji Kudong, dengan menukarkan nama pemilikan kepada individu yang dipercayai salah seorang AJK masjid. Ia bertujuan untuk memudahkan pihak masjid mengendalikan tanah wakaf tersebut jika diperlukan. Jika tanah tersebut ditukar nama kepada Jabatan Agama Islam negeri, ia bakal menyukarkan urusan pihak masjid menguruskan tanah tersebut. Namun begitu, jika ditukarkan nama pemilik kepada Jabatan Agama Islam negeri, sekurang - kurangnya tanah tersebut tidak mudah terlepas ketangan orang lain yang jelas belum tentu akan mengusahakannya bagi pembangunan Islam.